SEMARAKKAN SEMANGAT DAN ZAHIRKAN IMPIAN DENGAN KOLEKSI AFFIRMATION JEWELLERY ZCOVA


Kita semuanya perlukan motivasi diri untuk mengimbangi kehidupan peribadi dengan professional terutamanya pada hari-hari yang mencabar. ZCOVA baru-baru ini telah melancarkan koleksi barangan perhiasan diri, Affirmation Jewellery yang direka khas mengikut kata-kata positif yang membakar semanagat sebagai peringatan kepada si pemakai bahawa mereka adalah unik, menawan, berkeyakinan, disayangi dan berkemampuan untuk mencapai segala yang mereka idamkan.

Ia adalah satu cara yang hebat untuk meningkatkan kesejahteraan diri melalui proses mengulangi kata-kata positif di dalam minda separa sedar (sub-consicious) dengan konsisten agar ia dapat dimanifestasikan menjadi kenyataan.


“Kami di ZCOVA percaya bahawa kata-kata yang memperkasakan dapat mengingatkan seseorang itu tentang matlamat hidup mereka secara sedar atau separa sedar. Dengan adanya Koleksi Affirmation Jewellery, kami berusaha untuk membantu para wanita untuk mengubah tetapan minda dan meningkatkan keyakinan diri untuk mencapai matlamat hidup yang mereka idamkan. Kami menawarkan loket yang diukir dengn simbol yang melambangkan intipati kata-kata yang memperkasakan bagi membantu si pemakai untuk menzahirkan impian mereka”, kongsi Low Ziwei, pengasa bersama ZCOVA.


Sama ada impian anda adalah untuk berjaya di dalam kerjaya, menyayangi diri sendiri atau menjadi versi diri yang lebih sihat, dengan adanya peringatan ZCOVA yang terpahat di loket, si pemakai dapat memberi motivasi kepada diri untuk ‘Merebut peluang/ To grab onto opportunities’, ‘Untuk menyayangi diri sendiri/ To have self-love’, dan sebagainya.

“Kami berhasrat untuk membantu para wanita untuk merasa lebih yakin pada diri mereka sendiri, atu faktor utama dalam memperkasakan diri. Koleksi loket yang unik ini diharapkan dapat memangkinkan transformasi dalam segala aspek hidup mereka, menjadikan ia satu hadiah yang sempurna bagi diri sendiri atau pun bagi orang yang tersayang!” tambah Ziwei.


Koleksi Affirmation Jewellery ini boleh didapati secara dalam talian atau di kedai pameran ZCOVA di Petaling Jaya, Johor atau Pulau Pinang dengan harga berikut. Penghantaran global adalah percuma bagi semua pembelian.

• Loket Emas 14K (tanpa rantai) - RM 1,499
• Loket Emas 14K dengan rantai emas 18K 16-inci RM 1,899
• Loket Emas 18K (tanpa rantai) - RM 1,999
• Loket Emas 18K dengan rantai emas 18K 16-Inci RM 2,399

Koleksi ini tersedia dalam 9 rekaan simbolik yang mencerminkan kata-kata positif memperkasakan diri
  1. To have courage
  2. To heal
  3. To believe
  4. To have self-love
  5. To have hope
  6. To have gratitude
  7. To grab onto opportunities
  8. To let go
  9. To have positivity

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://zcova.com, dan ikuti ZCOVA di laman Facebook: https://www.facebook.com/zcovajewels, dan Instagram: https://www.instagram.com/zcova/

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM