KONSERT GALA SERI PUTERI SIMFONIK WINDS DI ISTANA BUDAYA TAMPILKAN ARTIS UNDANGAN ISTIMEWA ANUAR ZAIN


Sekolah Seri Puteri dengan sokongan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan menganjurkan konsert amal ‘FLOURISHES'23: SYMPHONIC GALA CONCERT di Panggung Sari, Istana Budaya bertarikh 20 Mei 2023 bermula jam 8.30 malam. Turut sama menjayakan konsert ini, penyanyi terkenal negara Anuar Zain yang juga merupakan artis undangan.

Sekolah Seri Puteri (SSP) melalui Orkestra Simfonik Wind Seri Puteri (SPWinds) berhasrat mengadakan Konsert Gala ini bagi pengumpulan dana untuk meneruskan legasi kecemerlangan SPWinds ke pertandingan International Orchestra Festival and Competition Golden Sardana di Barcelona, Sepanyol pada 12 - 17 September 2023 nanti. Untuk merealisasikan hasrat anak-anak tempatan ini, dana yang perlu dikumpulkan adalah berjumlah RM900,000.


SPWinds ialah sebuah pasukan wind orkestra yang ditubuhkan pada tahun 1976 di Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya. Diiktiraf sebagai “School of Global Excellence” (SGE) oleh KPM, Sekolah Seri Puteri merupakan antara sekolah tersohor di Malaysia di dalam pelbagai aspek, disertai dengan rekod kecemerlangan tertinggi akademik dan pencapaian kokurikulum yang luar biasa di peringkat global. SPWinds yang merupakan watak kebitaraan SSP telah memanifestasi pengiktirafan SGE, dengan memenangi pelbagai pertandingan peringkat antarabangsa serta mengharumkan nama negara di pentas ternama dunia musik klasik seperti Carnegie Hall di New York, dan Golden Hall Musikverein di Vienna, Austria.


Semua hasil kutipan konsert ini akan disalurkan kepada SPWinds, yang merupakan organisasi tidak berasaskan keuntungan. Melalui konsert ini, SPWinds juga mengharapkan kerjasama pihak swasta dan mengalu-alukan sumbangan individu dan tajaan pihak korporat dalam menjayakan misi “ROAD TO BARCELONA 2023”. 

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pn. Hawariah (019 - 259 1724) atau Pn Shahriyah (019-435 2090) serta melalui emel spwinds@seriputeri.edu.my.


Tiket konsert boleh didapati melalui laman web TICKETEMPIRE di https://www.myticketempire.com/flourishes23 dengan harga bermula RM168 hingga RM468. Orang ramai dijemput untuk memeriahkan konsert amal ini dan menghiburkan diri dengan persembahan sensasi Anuar Zain dan Orkestra Wind Simfoni SERI PUTERI!

Kredit foto: Istana Budaya 

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI