KONSERT AMAL SUARA RAYA 2023 UNTUK BANTU USAHA PENGEGAHAN PEMERDAGANGAN MANUSIA


Amazing Creative Group Sdn Bhd akan mengadakan Konsert Suara Raya 2023 pada 14 Mei 2023 (Ahad), di Zepp Kuala Lumpur. Konsert amal ini bakal dijayakan oleh tiga vokalis yang ternama di Malaysia iaitu Ning Baizura, Aina Abdul & Iman Troye. Tujuan Konsert Suara Raya 2023 diadakan adalah untuk meraikan Hari Raya bersama antara artis dengan peminatnya, serta dapat meningkatkan kesedaran sosial masyarakat terhadap pencegahan perdagangan manusia.

Persatuan Hentikan Pemerdagangan Manusia (SHUT) adalah rakan kongsi bagi Konsert Suara Raya 2023 tersebut dan juga mendapat sokongan daripada Wetix. 

Tiket akan dijual melalui laman web Ticket2U dan dijual dengan harga mengikut kategori. Antaranya ialah RM 199 (PS 2 - Tempat Duduk), RM 199 (PS 1 - Berdiri), RM 259 (Zon Raya - Berdiri), RM 499 (Golden Seat - Tempat Duduk Premium).

Di samping itu, penganjur akan memberi peluang kepada peminat untuk mengadakan sesi Meet and Greet bersama artis. Harga tiket untuk zon ini ialah RM 399, termasuk 1 zon berdiri, | gambar berkumpulan bersama artis, poster rasmi dan hadiah raya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Tiket2u: http://t2u.asia/e/30802 , ikuti Facebook: https://www.facebook.com/amazingcreativegroup atau hubungi talian Nombor Telefon : 010-314 5043 (ACG)

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM