BERSIAP SEDIA UNTUK ACARA LARIAN JULUNG KALI LAZADA RUN PADA 16 JULAI 2023


Serlahkan kecergasan dalam hidup anda dan jadi antara salah seorang dari 10,000 para peserta larian yang bakal mencipta sejarah dengan menyertai Lazada Run yang diadakan pada julung kali. Acara larian yang menarik dan unik tersebut akan berlangsung pada hari Ahad, 16 Julai 2023, dari 3.30 pagi hingga 10.00 pagi di Persiaran Flora, Cyberjaya.

 
Sebagai perintis platform eDagang di Asia Tenggara, Lazada bertujuan untuk memberi inspirasi dan memperkasakan orang ramai agar lebih sihat dan cergas bersama Lazada Run. Lazada Run merupakan acara larian serantau yang dianjurkan oleh sebuah platform eDagang. Ianya akan dianjurkan di enam buah negara di Asia Tenggara, bermula dengan Ho Chi Minh pada 23 April 2023, diikuti oleh Jakarta, Bangkok, Manila, dan Kuala Lumpur, sebelum acara finale di Singapura pada 23 Julai 2023. Larian tersebut juga memberi peluang kepada para peserta larian dan para pelanggan Lazada untuk berinteraksi dengan pelbagai jenama kegemaran mereka dalam kategori Sukan, Fesyen, Kecantikan, Elektronik, dan banyak lagi di Zon Pengalaman atau Experiential Zones.

Lazada Run di Malaysia akan menampilkan tiga kategori termasuk larian 5km (untuk kanak-kanak dan dewasa), 10km dan 21km, dengan hadiah wang tunai sebanyak RM20,000. Semua peserta yang menamatkan larian (Finisher) akan menerima pingat, manakala Juara kategori lelaki dan wanita yang menamatkan larian dalam Kategori Terbuka larian 10km dan 21km juga berpeluang untuk terbang ke Singapura bagi menyertai acara finale Lazada Run pada 23 Julai 2023, untuk bersaing dengan pemenang Lazada Run dari negara lain untuk merebut tempat pertama.



Di samping larian kompetitif, terdapat juga Kid’s Dash untuk kanak-kanak, serta Cart Dash tambahan yang terbuka kepada semua peserta yang menamatkan larian. Dengan tiket penyertaan berharga RM30, para peserta boleh menyertai larian pecutan 30 meter, di mana mereka perlu mengumpul sebanyak mungkin kotak hadiah dalam masa 20 saat. Kotak tersebut mengandungi hadiah-hadiah menarik seperti diskaun, baucar, tawaran, dan produk dari Lazada dan rakan penaja Lazada Run.

Selepas menamatkan larian, para peserta boleh menuju ke Lazada Village untuk menikmati pelbagai variasi makanan, minuman, permainan, serta tawaran eksklusif. Lazada Village turut terbuka kepada orang ramai pada 16 Julai 2023 7.00 pagi hingga 10.00 pagi.


Tiket untuk menyertai larian Lazada Run boleh dibeli secara langsung melalui aplikasi Lazada – hanya klik ikon 'Lazada Run' di tab 'Utama' atau taip 'Lazada Run' di medan carian. Harga tiket pendafataran awal Early Bird boleh didapati sehingga 15 April 2023, dengan penjimatan sebanyak RM10 bagi setiap tiket:
  • 5km Kanak-kanak: RM44 (Early Bird), RM54 (Harga Biasa)
  • 5km Dewasa: RM59 (Early Bird), RM69 (Harga Biasa)
  • 10km: RM74 (Early Bird), RM84 (Harga Biasa)
  • 21km: RM89 (Early Bird), RM99 (Harga Biasa)
Peserta larian Lazada Run harus berumur 13 tahun ke atas, manakala peserta dalam kategori Kanak-Kanak 5km mesti berumur antara 4 hingga 12 tahun.

Cepat, dapatkan tiket Early Bird di aplikasi Lazada dan mula berlatih untuk Lazada Run! Klik di sini untuk mendaftar dan ketahui lebih lanjut.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?