MUDAHNYA BERBUKA DENGAN HIDANGAN LAZAT 15 MINIT DARIPADA TYSON
Baru sahaja balik kerja, badan pun letih setelah seharian bekerja tetapi sudah hampir waktu berbuka. Sempatkah nak masak untuk berbuka dengan makanan yang sedap, mudah dan bermutu? Jangan bimbang, asalkan Tyson Ada, Mudah Berbuka! Tyson memiliki pelbagai pilihan ayam beku yang siap dimasak serta 100% Halal. Ini memberikan penyelesaian yang enak dan cepat untuk memudahkan waktu Berbuka Puasa anda di rumah. Dari peti ais boleh terus dimasak di dalam ketuhar gelombangan mikro atau fryer, ambil masa 15 sahaja minit untuk anda menikmati juadah berbuka yang lazat ini!
Berpuasa di bulan Ramadan merupakan perjalanan rohani yang sangat istimewa bagi kebanyakan keluarga. Bulan yang mulia inilah waktu untuk tubuh serta minda kita diuji, menjalani kehidupan harian seperti biasa sambil menyediakan juadah yang berkualiti serta sihat untuk berbuka pada masa yang tepat bersama seisi keluarga. Matlamat Tyson adalah untuk membekalkan masakan ayam yang sedap, mudah dan bermutu untuk keluarga di Malaysia. Tambahan pula, produk ayam ini siap dimasak dan tidak perlu dinyah beku selepas dikeluarkan daripada peti ais – letak sahaja di dalam ketuhar gelombangan mikro! Dengan resipi 15 minit yang mudah dan cepat oleh Tyson ini, anda boleh memberi sepenuh tumpuan kepada ibadah puasa anda.
Tyson menyajikan pelbagai jenis hidangan produk ayam beku yang menepati cita rasa yang pelbagai. Ini termasuklah Buffalo Wing Stick dan BBQ Roasted Drumstick yang sesuai untuk apa-apa sambutan, enak, lembut dan berjus – kunci ke hati mana-mana penggemar ayam. BBQ Roasted Chicken Drumstick juga merupakan produk yang ideal untuk versi masakan tempatan seperti Ayam Masak Sambal Kicap dan Masak Lemak Cili Api.
Seterusnya, Tyson turut mempunyai produk citarasa Jepun, Chicken Karaage yang sangat lembut diperbuat daripada isi paha yang berkualiti serta diperap dengan rempah ratus. Produk Tyson juga boleh dijadikan sebagai hidangan penuh dengan resepi yang mudah dan cepat ini untuk memastikan juadah berbuka tetap menarik dan hanya mengambil masa 15 minit sahaja untuk disediakan.
Tidak lengkaplah bulan puasa kalau tidak menziarahi Bazar Ramadan. Oleh itu, dengan keterujaan Ramadan yang semakin hampir, Tyson akan membuka tapak Bazar Ramadan Tyson Ada, Mudah Berbuka dari 23 Mac – 16 April, di kawasan Lembah Klang. Bazar Ramadan memberikan pengalaman sebenar bulan puasa buat rakyat Malaysia untuk menikmati keunikan serta kepelbagaian juadah, terutamanya Cheesy Korean Kaarage Chicken, iaitu menu khas daripada Chef.
Bazar akan diadakan di:
- Perkarangan MATRADE, Mont Kiara (3pm - 12am)
- Stadium Shah Alam (2pm - 8pm)
Sudahkah anda bersedia untuk nikmati hidangan Ramadan 15 minit yang sedap, cepat dan bermutu untuk seisi keluarga ini? Produk Tyson boleh didapati di semua pasar raya besar serta hypermarket. Malah Tyson juga boleh didapati secara dalam talian. Untuk maklumat lanjut, ikuti Tyson di Instagram @tysonbrandmy dan Facebook.
Comments
Post a Comment