IMBAU KENANGAN HARI RAYA ZAMAN 60-AN DI THE GARDENS MALL

Dari 31 Mac hingga 24 April, imbau kenangan tahun 1960-an di The Gardens Mall yang dihiasi menjadi sebuah kediaman kolonial British yang terletak di Tanah Melayu pasca Merdeka. Hiasan di pusat beli-belah tahun ini menampilkan keanggunan dan kemeriahan sambutan hari raya keluarga Malaya di zaman lampau.


Imbau nostalgia suatu petang yang berangin di beranda, minum petang sambil anak-anak kejiranan bermain gasing dan batu seremban di perkarangan. Kembali ke masa lalu apabila keluarga akan berkumpul di sekeliling televisyen pada waktu petang untuk menonton teveisyen hitam putih manakala kaum wanita berkumpul untuk berbual-bual tentang kejadian terkini.


Ganjaran Untuk Mereka Yang Berbelanja

Sediakan hidangan rumah terbuka dengan peralatan dapur serba baharu raya ini. Dengan pembelian RM1,800 (RM1,600 untuk pemegang kad kredit Standard Chartered atau ahli The Gardens Club) dan ke atas dalam satu resit* di mana-mana kedai terpilih di The Gardens Mall, anda boleh untuk menebus set hidangan kaserol, spatula dan sampul duit raya eksklusif. *Terhad kepada 130 penebusan setiap hari.



Persembahan Joget & Rentak Raya

Jom saksikan kemeriahan persembahan tarian Time to Joget dan Rhythms Raya di Concourse setiap hujung minggu.

Time to Joget

2.30 petang: 8, 9, 15, 16, 22, 23, 24 April

Rhythms Raya

4.30 petang: 8, 9, 15, 16, 22, 23, 24 April

Nota: Acara tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal


Hulurkan Tangan, Berikan Bantuan

Bagi membantu penduduk asli negara ini, The Gardens Mall telah bekerjasama dengan Pusat Prihatinan Orang Asli (COAC) pada Hari Raya ini. 

Para pengunjung boleh memberikan sumbangan tanpa sentuhan terus kepada organisasi melalui DuitNow di gerai COAC yang terletak di North Palm pusat beli-belah itu. COAC ditubuhkan untuk membela nasib Orang Asli - sama ada melalui penyebaran berita Orang Asli yang lebih meluas, membantu dalam perkara yang melibatkan hak Orang Asli, pengagihan bantuan atau kerja advokasi lain. 

The Gardens Mall juga telah menderma RM10,000 kepada organisasi itu sebagai menyokong kerja yang mereka lakukan.



Peraduan Ganjaran Sosial

Sebagai bonus tambahan, para pengunjung dialu-alukan untuk menyertai peraduan foto Ganjaran Sosial The Gardens Mall yang berlangsung dari 7 - 24 April 2023! 

Untuk menyertai peraduan ini, para pengunjung harus mengambil dan memuat naik gambar diri mereka dalam baju Raya berinspirasikan zaman kolonial Malaya 60-an berlatarbelakangkan hiasan di pusat beli-belah tersebut untuk mendapatkan ganjaran baucar hadiah bernilai RM80! 

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan dan kempen hari raya The Gardens Mall, sila ikuti https://www.facebook.com/thegardensmallmalaysia

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!