VIETJET MERAIKAN HARI WANITA VIETNAM DENGAN TAWARAN TIKET RM120


Sempena sambutan Hari Wanita Vietnam pada 20 Oktober, Vietjet teruja untuk mengumumkan promosi eksklusif khas untuk semua penumpangnya. Dari 18 Oktober hingga 20 Oktober 2023, para pelanggan boleh merebut peluang untuk menempah tiket penerbangan antarabangsa ke pelbagai destinasi yang menghubungkan Vietnam dengan Malaysia, Australia, India, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, Kazakhstan, dan destinasi lain dari hanya RM 120, termasuk semua caj.

Harga tiket yang menarik ini ditawarkan kepada semua penumpang yang melakukan perjalanan ke dan dari Kuala Lumpur dan Ho Chi Minh City. Dengan penerbangan terus-menerus harian yang menghubungkan kedua-dua bandar raya tersebut, para penumpang boleh menikmati kemudahan penerbangan terus-menerus ke Ho Chi Minh City atau singgah ke destinasi lain yang menarik, semuanya pada harga yang hebat bermula dari RM 120/sehala, termasuk semua cukai dan yuran.

Untuk menikmati promosi istimewa ini, lawati laman web www.vietjetair.com atau gunakan aplikasi mudah alih Vietjet Air untuk tempahan dan pembayaran. Tempoh perjalanan untuk tiket promosi ini dijadualkan dari 1 November hingga 20 Disember 2023. Selain itu, penumpang berpeluang menebus E-baucar bernilai sehingga VND 200,000 (kira-kira RM 38.90) (Terma dan Syarat**) dengan menggunakan kod tempahan (PNR) mereka di laman web https://evoucher.vietjetair.com.

Pada 20 Oktober, penumpang wanita yang menaiki penerbangan Vietjet bakal menerima kejutan dalam bentuk hadiah dan ucapan, sempena hari yang meraikan keanggunan dan kejayaan kaum wanita tersebut. Vietjet kekal berdedikasi untuk menyediakan pengalaman penerbangan yang menyeronokkan serta menyampaikan hasrat yang ikhlas kepada semua wanita untuk kebahagiaan dan kejayaan mereka.

Vietjet meneruskan pengembangan jaringan penerbangan globalnya dengan memperkenalkan laluan baharu seperti Ho Chi Minh City ke Perth, Adelaide (Australia), Kochi, Tiruchirappalli (India), Jakarta (Indonesia), dan penerbangan dari Hanoi ke Hong Kong, Phu Quoc ke Busan dan Taipei. Syarikat penerbangan tersebut juga menghubungkan banyak destinasi yang terkenal di Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Kazakhstan, Singapura dan Thailand. Penambahan rangkaian penerbangan ini menjanjikan penumpang pelbagai aktiviti yang unik dan menyeronokkan semasa musim perayaan akhir tahun yang akan datang.

Vietjet juga menawarkan insurans perjalanan Sky Care dengan percuma untuk memastikan semua penumpangnya mendapat perlindungan menyeluruh termasuk perbelanjaan perubatan dan insiden berkaitan dengan perjalanan.

Tempah tiket anda hari ini dan nikmatilah penerbangan anda dengan Vietjet!



Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!