JENAMA KASUT TERKEMUKA DARI SINGAPURA, ANOTHERSOLE LEBAR SAYAP KE MALAYSIA


Pasaran barangan mewah sedang mengalami ‘kebangkitan’ yang dipimpin oleh golongan muda. Menurut laporan True-Luxury Global Consumer Insight 2023 oleh BCG dan The Altagamma Foundation, golongan Millennial dan Gen Z dijangka akan menyumbang 75% daripada pembeli barangan mewah menjelang tahun 2026. Atas kesedaran itu, gedung serbaneka mewah yang pertama dan terbesar di Malaysia, Seibu, The Exchange TRX, mengalu-alukan pelbagai jenama tersohor ke landskap barangan mewah Malaysia, termasuklah Anothersole dari Singapura.

Anothersole sedang berusaha mengukir kedudukan unik dalam dunia barangan mewah. Sungguhpun ia baru membuat penampilan fizikal yang pertama di Malaysia di Seibu TRX, ia sudah menjadi perintis global bagi barisan produk yang klasik, canggih dan bermutu tinggi. Tawarannya sudah menjadi keperluan harian bagi warga profesional yang moden dan arif, yang sentiasa mengharungi kesibukan kota. Ini jelas terbukti dengan kehadirannya dalam talian di 50 negara serta jualan kasutnya yang melebihi 200,000 pasang sejak ditubuhkan pada 2016.


Jenama itu berazam menjadi peruncit kasut dan beg bagi warga profesional Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sibuk, sambil memenuhi keperluan mereka terhadap kualiti dan reka bentuk. Contohnya, produk signatur mereka — termasuk kasut kulit ‘flat’ bertali Anytime dan Beg Mini ANEW — tersedia dalam pelbagai gaya dan warna sebagai gandingan sempurna dengan mana-mana busana atau majlis. Jadi, tiada lokasi yang lebih ideal daripada Seibu di The Exchange TRX untuk pelancarannya, kerana ia serasi dengan nilai dan estetika jenama itu.


“Anothersole sangat teruja untuk mewujudkan kehadiran fizikal dalam pasaran kasut dan aksesori mewah di Malaysia. Kami yakin kami mempunyai potensi besar bukan sahaja untuk memperkenalkan produk kami yang lestari dan selesa kepada rakyat Malaysia secara peribadi, tetapi juga menyebarkan dedikasi kami untuk “Make Good, Do Good” ke Malaysia,” kata Pengasas Anothersole, Benny Chee.


Satu lagi yang ciri keunikan Anothersole terletak pada dedikasi jenama untuk menyatukan gaya dengan kelestarian. Fokus mereka untuk menjadi jenama gaya hidup yang bertanggungjawab dari segi sosial dicerminkan dalam segala aspek syarikat. Contohnya, rangkaian produk mereka menggunakan kulit diperoleh daripada kilang kulit yang diiktiraf dan bertanggungjawab, serta polietilena tetrafit (rPET) yang dikitar dan digunakan semula. Selain itu, alas kasutnya yang ergonomik, mesra bumi, dan baru dipertingkatkan turut menggunakan etilena vinil asetat (EVA) yang berasaskan bio.


Bagaimanapun, usaha jenama itu melangkaui aspek inovasi produk. Sebagai sebahagian daripada komitmen jenama untuk “Make Good, Do Good”, ia turut terlibat dalam pelbagai inisiatif sosial. Contohnya, program #Buy1Feed1 mereka akan menyalurkan 10% daripada keuntungan kepada pertubuhan-pertubuhan amal kanak-kanak yang dipilih secara teliti di seluruh dunia. Sebelum ini, ia juga menjalinkan kerjasama dengan World Vision di Vietnam, Kemboja dan Bangladesh bagi menaja program-program yang direka untuk memutuskan kitaran kemiskinan dengan menyokong keperluan nutrisi dan pendidikan kanak-kanak.


Anothersole bertekad menjadi jenama gaya hidup mewah pilihan Malaysia dan bakal melancarkan keluaran baharu dalam masa terdekat. Selain itu, jenama itu juga menganjurkan promosi ulang tahunnya, dengan tawaran BOGO (DISKAUN 40% untuk Item Kedua) mulai sekarang hingga 31 Disember 2023. Untuk mengetahui tentang tawaran ini dan maklumat lanjut, layari laman web rasmi: https://intl.anothersole.com/pages/kl-store.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3