PUSAT KONVENSYEN KUALA LUMPUR & PENYAYANG LANCAR INISIATIF 'BATIK EXPLOSION'


Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG) telah melancarkan inisisatif 'Batik Explosion' di sebuah majlis yang dirasmikan oleh YB Dato' Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Pengerusi, MyCreative Ventures Sdn Bhd.

Inisiatif 'Batik Explosion' ialah siri acara dan aktiviti yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 23 November 2023 hingga 13 Januari 2024, bersempena dengan Hari Batik Kebangsaan, yang jatuh pada 3 Disember 2023.

Aktiviti 'Batik Explosion' akan merangkumi:

Pengumpulan Hadiah 'Tree of Joy': Orang ramai dijemput untuk menyumbang  dan meletakkan hadiah di sekitar 'Tree of Joy' batik yang akan terletak di dalam Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Hadiah ini kemudiannya akan diedarkan kepada kanak-kanak daripada pelbagai latar belakang dan kepercayaan, yang dipilih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sambutan Hari Batik Kebangsaan: Untuk meraikan Hari Batik Kebangsaan Malaysia, pelbagai aktiviti akan dianjurkan pada 5 Disember yang mana para peserta boleh mencuba lukisan batik, dibimbing oleh pereka batik terkenal, ahli alumni Piala Seri Endon. 

Pameran Seni batik 'Explorations Through Batik': Pusat Konvensyen Kuala Lumpur juga akan menganjurkan pameran seni batik yang akan berlangsung sehingga 20 Disember 2023. 

Sambutan Tahun Baru untuk Kanak-kanak: Pada bulan Januari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ini akan menganjurkan hari sambutan istimewa bagi menyantuni kira-kira 135 kanak-kanak dari institusi amal yang dipilih oleh JKM. Pada majlis ini, hadiah yang dikumpul di batik ‘Tree of Joy’ akan diberikan kepada kanak-kanak tersebut.


Inisiatif 'Batik Explosion' ini merangkumi komitmen Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk mengintegrasikan warisan dan amal dengan menyatukan individu dari semua kaum dan masyarakat untuk meraikan kekayaan warisan budaya Malaysia sambil menyokong pertubuhan kebajikan dan memajukan agenda nasional mengenai batik.

Rakan kongsi yang menyokong inisiatif 'Batik Explosion' termasuk PENYAYANG, JKM, Chester London (yang akan menyediakan pokok batik), dan DSX Technology, yang bermurah hati menyumbangkan 12 helai kain 14 kaki kali 4 kaki untuk lukisan batik.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.klccconventioncentre.com atau ikuti laman media sosial (Facebook - @klccconventioncentre, LinkedIn - Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Twitter - @klccconvention dan Instagram - @klccconventioncentre).

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM