SYARIKAT INDUK MUSLIM PRO, BITSMEDIA KUMPUL AS$20 JUTA MENERUSI PEMBIAYAAN SIRI A DITERAJUI CMIA CAPITAL PARTNERS, GOBI PARTNERS DAN BINTANG CAPITAL PARTNERS

Bitsmedia, pembangun aplikasi (aplikasi gaya hidup Muslim yang popular), Muslim Pro, berjaya meraih AS$20 juta menerusi pusingan pembiayaan Siri A. Pusingan pembiayaan ini menyaksikan penyertaan firma modal teroka tertumpu di Asia, Gobi Partners, selain turut menerima sokongan berterusan daripada pelabur sedia ada iaitu CMIA Capital Partners, dan Bintang Capital Partners.

Dana yang baru diperoleh itu akan dikhususkan untuk memajukan keupayaan Kecerdasan Buatan (AI); memperkayakan tawaran kandungan dalam platform penstriman Bitsmedia iaitu Qalbox; membangunkan ciri pembelajaran berterusan; dan menambah baik pengalaman berkaitan Al-Quran dalam Muslim Pro. Syarikat itu berhasrat untuk meningkatkan kehadiran globalnya ke AS, UK, Indonesia, Malaysia dan GCC.

Dari kiri ke kanan: Jamaludin Bujang, Rakan Pengurusan Gobi (Malaysia), Johan Rozali-Wathooth, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Bintang; Nafees Khundker, Pengarah Urusan; Lee Chong Min, Rakan Pengurusan CMIA Capital Partners; Fara Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Bitsmedia.

Nafees Khundker, Pengarah Urusan Bitsmedia, berkata, "Memupuk pertumbuhan Bitsmedia dan jejak global sambil memenuhi keperluan masyarakat Islam global, kekal sebagai visi utama kami. Pelaburan ini adalah bukti komitmen kami untuk mengetepikan batasan inovasi dan meluaskan jangkauan kami dengan memasuki pasaran antarabangsa utama seperti AS, UK, Indonesia dan Malaysia, serta wilayah baharu dalam negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC).”

Fara Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bitsmedia menambah, “Visi kami bagi Muslim Pro adalah untuk berkembang menjadi platform komprehensif yang memenuhi pelbagai keperluan masyarakat Islam. Ia menandakan permulaan komitmen kami untuk meningkatkan pengalaman Muslim dan memacu hubungan yang lebih mendalam dalam kehidupan mereka.”

Gobi Partners, firma modal teroka dengan tumpuan di Asia dengan aset di bawah pengurusan (AUM) berjumlah AS$1.6 bilion, memperkasakan aspek keusahawanan merentasi pasaran baru muncul. Pelaburan mereka dalam Bitmedia adalah selaras dengan elemen pelaburan "TaqwaTech" menyeluruh firma itu, yang memberi tumpuan dalam mengenal pasti dan menyokong pertumbuhan syarikat yang menggunakan teknologi untuk inovasi yang didorong tujuan bagi memenuhi keperluan pengguna, perniagaan dan komuniti Muslim di seluruh dunia.

Jamaludin Bujang, Rakan Pengurusan Gobi (Malaysia), berkata: “Di Gobi, misi kami adalah untuk menamatkan halangan, menyediakan pasaran yang adil, dan menawarkan akses untuk semua. Selama bertahun-tahun, kami telah mengenal pasti peluang pasaran yang ketara dalam keperluan digital yang kurang mendapat perhatian dalam komuniti Muslim. Pelaburan kami dalam Bitsmedia memberi penekanan terhadap komitmen kami kepada TaqwaTech.”

CMIA Capital Partners and Bintang Capital Partners menjalinkan bekerjasama berterusan dengan Bitsmedia sejak pelaburan awal mereka pada 2017. Ia telah menyaksikan evolusinya daripada aplikasi komuniti yang berpusat terhadap Al-Quran, Kiblat, waktu solat dan ciri utiliti lain kepada platform yang kini menggabungkan gaya hidup, pengetahuan, serta perkhidmatan berpaksikan komuniti.

Lee Chong Min, Rakan Pengurusan CMIA Capital Partners berkata, “Kami melihat peluang pertumbuhan yang ketara Bitsmedia dalam komuniti Muslim global yang berjumlah 2 bilion orang. Memandangkan inisiatifnya bagi memanfaatkan teknologi untuk faedah komuniti, seperti perkhidmatan penstriman kandungan Qalbox dan penyepaduan AI akan datang, ia meletakkan keyakinan kami terhadap trajektori positif berterusan Bitsmedia.”

Johan Rozali-Wathooth, Pengasas dan CEO Bintang Capital Partners berkata, “Bintang memiliki objektif jelas menerusi pelaburan kami dalam Bitsmedia baru-baru ini, untuk memperkasakan keterangkuman digital kepada umat Islam, memupuk hubungan global yang lebih kukuh melalui kandungan pembelajaran tentang dunia Islam, dan mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi menerusi pertumbuhan perniagaan Bitsmedia.”

Nafees menambah, “Penyertaan dana terbaharu dengan kerjasama pelabur terbaik industri, meletakkan kami di landasan yang betul dalam mencapai visi kami untuk menjadi 'Hab Digital untuk Semua Berkaitan Muslim'.”

Beribu pejabat di Singapura, Bitsmedia diiktiraf menerusi produk utamanya, aplikasi Muslim Pro, yang telah mengumpulkan lebih 150 juta muat turun di seluruh dunia.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY HEALTHCARE GROUP MELANCARKAN E-BUKU PERTOLONGAN CEMAS PEDIATRIK, MEMBUKA AKSES KEPADA ILMU UNTUK MENYELAMATKAN NYAWA