PAMERAN 'TRAILS OF HERITAGE: THE MELAKA CHETTI LEGACY EXPLORED' DI HARTA SPACE


HARTA, inisiatif awam terbaru HABIB telah menjadi hos kepada pelancaran media untuk buku ‘The Melaka Chetti Kitchen,’ sebuah buku resipi warisan komprehensif bagi masyarakat Chetti Melaka.

Diiktiraf oleh Pengerusi UNESCO Malaysia, 'The Melaka Chetti Kitchen' telah dihasilkan dengan teliti oleh penulis makanan Julie Wong dan penyelidik Peranakan terkenal Dr David Neo, dengan sokongan beberapa individu daripada masyarakat tersebut. Usaha tanpa lelah mereka telah membuahkan hasil dalam buku pertama seumpamanya itu mendokumentasikan intipati masakan Chetti Melaka.

Makanan Chetti Melaka adalah salah satu jenis masakan Malaysia yang jarang diketahui ramai. Walaupun ia berasal daripada salah satu masyarakat yang tertua di Malaysia, respi masakan Chetti Melaka tetap "tersembunyi" untuk sekian masa yang lama. 


Keturunan pedagang India dari Pantai Coromandel ini telah terlahir sejak zaman Kesultanan Melaka lagi, kira-kira 500 tahun dahulu ketika Melaka muncul sebagai kerajaan yang utama di rantau ini. Terhalang oleh musim tengkujuh, ramai pedagang India menjadikan Melaka sebagai tempat berteduh dan  berkahwin wanita tempatan, menghasilkan masyarakat kacukan yang digelar Chetti Melaka. 

Istilah "Chetti" atau "Chitty" bermaksud peniaga atau pedagang dan tidak harus dikelirukan dengan golongan Chettiar yang merupakan pemberi pinjaman wang India. Di kampung warisan, Kampung Chetti di Melaka, dianggarkan terdapat lebih daripada 100 penduduk yang tinggal. Tiada bancian rasmi yang menunjukkan jumlah bilangan orang Chetti Melaka di negara ini, tetapi ia dianggarkan  beberapa ribu. 

Kahwin campur dan penghijrahan merupakan ancaman terbesar terhadap kewujudan komuniti kecil ini yang mana budaya Chetti Melaka yang asli ditelan oleh budaya golongan yang lebih dominan. 

Untuk menghalang budaya masyarakat Chetti Melaka, khususnya resepi turun-temurunnya dari terus ditelan zaman, buku 'The Melaka Chetti Kitchen' telah dihasilkan.


Semasa pelancaran, para tetamu juga berpeluang untuk menyaksikan upacara Parchu Bhogi, yang diamalkan oleh masyarakat tersebut untuk menghormati nenek moyang mereka. Turut disajikan adalah hidangan Chetti Melaka yang disediakan mengikut resipi daripada buku tersebut. 

Sempena pelancaran ‘The Melaka Chetti Kitchen,’ sebuah pameran yang disusun khas bertajuk 'Trails of Heritage: The Melaka Chetti Legacy Explored' by HARTA sedang dilangsungkan untuk tontonan awam. Pameran merupakan pameran Chetti Melakayang dianjurkan buat pertama kali di luar Melaka. Pameran eksklusif ini akan berlangsung sehingga 10 Disember 2023.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM