IMMERSIVE WINTERLAND: TARIKAN BAHARU DENGAN PENGALAMAN 7D DI I-CITY


i-City, Bandar Teknologi No. 1 Malaysia melancarkan Immersive Winterland hari ini. Pusat pengalaman imersif yang pertama di Malaysia ini menggabungkan teknologi, hiburan, dan seni secara serasi untuk menyampaikan pengalaman deria yang benar-benar mengasyikkan. 

Berbeza daripada pusat hiburan yang sedia ada, Immersive Winterland menerokai alam dimensi ketujuh. Berbeza dengan pengalaman 5D biasa, Immersive Winterland ini menawarkan tahap penglibatan deria yang lebih menyeluruh dengan teknologi yang lebih canggih, menggabungkan simulasi pergerakan yang lebih rumit untuk memberikan pengalaman yang  memukau. 


Kemuncak pengalaman pusat hiburan di i-City, Shah Alam itu adalah permainan 360° Immersive Explorer di mana anda berpeluang untuk menikmati pengalaman menaiki pesawat yang meluncur dari tebing salji ke lautan terbuka dan banyak lagi secara tujuh dimensi. 

Para tetamu ke Immersive Winterland bakal melangkah ke alam purba di mana haiwan-haiwan purba musim sejuk berkeliaran semula. Mereka juga dapat merasai simulasi sukan musim sejuk seperti Skii Scape dan Snowballing. 

Projeksi digital bunga-bungaan yang berwarna-warni dan haiwan-haiwan yang realistik turut menceriakan interior Immersive Winterland, merangsang deria dan imaginasi para pangunjung. Pengalaman ini melampaui visual. Ia meransang deria para pengunjung dengan pelbagai suhu, sensasi taktil, dan landskap bunyi yang menarik yang dicipta oleh teknologi audio spatial yang canggih. 


Di dalam Immersive Winterland, pengunjung akan mendapat pengalaman: Immersive Ski Simulator: Simulasi ski imersif pertama di Malaysia menawarkan pengalaman ski yang tulen, memberikan peluang yang jarang-jarang dapat dirasai penduduk tempatan untuk merasai kehebatan sukan ini. 


Immersive Snowball Simulator: Tarikan yang menjemput rakan-rakan dan keluarga untuk menggulung bola salji dan terlibat dalam persaingan yang mesra ini mendorong persaudaraan dan persaingan sihat. 360° Immersive Explorer: 

Menawarkan pengalaman tujuh dimensi melalui realiti tambahan dan maya tanpa perlu kaca mata, tarikan unik ini menonjol kerana sifatnya yang mengasyikkan. Immersive Exploration Cave: Memaparkan pergerakan makhluk purba dan membolehkan penglibatan interaktif. 

Gua ini membolehkan para pengunjung untuk belajar mengenai makhluk purba yang pernah mendiami Bumi.  Blossom Odyssey: Menyediakan penjelajahan yang mempesonakan dalam dunia bunga, pengalaman ini menceritakan kecantikan budaya bunga-bunga pelbagai musim. 


"Perasmian Immersive Winterland menandakan satu saat penting dalam evolusi edutainment interaktif. Ia bukan hanya hiburan semata-mata; ia membentuk persekitaran pembelajaran dinamik dan imersif yang membangkitkan imaginasi dan menggalakkan penglibatan yang menyeluruh," kata Pengerusi I-Berhad Tan Sri Lim Kim Hong.  

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.osod.i-city.my/

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM