PELAKON HK TONY LEUNG BAKAL KE KUALA LUMPUR UNTUK PROMOSI FILEM "THE GOLDFINGER" DISEMBER INI



Pelakon legenda Hong Kong Tony Leung yang telah mencipta sejarah sebagai pelakon Cina pertama yang dianugerahkan Golden Lion Lifetime Award di Festival Filem Venice tahun ini akan berada di sini di Malaysia untuk mempromosikan filem aksi jenayah terbarunya "THE GOLDFINGER".

Beliau bakal berada di Kuala Lumpur pada 22 Disember ini bersama dengan pengarah filem merangkap penulis skrip, Felix Chong dan penerbit Ronald Wong. Filem ini bakal menampilkan pelakon-pelakon handalan Hong Kong seperti Tony Leung, Andy Lau, Charlene Choi, Simon Yam, Alex Fong, Philip Keung, Chin Ka Lok, Carlos Chan, Catherine Chau, Michael Ning dan Tai Bo. Ia bakal ditayangkan mulai 30 Disember di Malaysia.

Filem ini berdasarkan kes penipuan kewangan sebenar di Hong Kong yang mengejutkan dunia pada tahun 1980-an. Ia mengisahkan kebangkitan sebuah konglomerat gergasi Carmen Enterprises dan pahit getir pengerusinya Ching Yat Yin (Tony Leung) apabila disiasat oleh Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) yang diketuai oleh Ketua Penyiasat Kanan Lau Kai Yuen (Andy Lau) atas pembabitannya dalam kes pembunuhan dan kehilangan wang berbilion-bilion.

Selain Malaysia, jelajah wayang juga dilanjutkan ke Singapura. Di Malaysia, mereka bertiga akan menghadiri sidang akhbar dan memeriahkan acara permaidani merah di malam tayangan perdana di Teater Aurum, The Exchange TRX.


“THE GOLDFINGER” diedarkan oleh GSC Movies dan disokong oleh rakan kongsi radio MY & MELODY, rakan kongsi kereta rasmi Cycle & Carriage, lokasi rasmi ialah Aurum Theatre, The Exchange TRX, serta hotel rasmi The Ritz-Carlton Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti


Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM