ARCA NAGA 'CELESTIAL SPLENDOUR' MENGALU-ALUKAN KETIBAAN PARA PENUMPANG DI KLIA
Sempena Tahun Baharu Cina ini, Lapangan Antarabangsa KL (KLIA) mengalu-alukan ketibaan para penumpang dengan arca naga ukiran tangan yang terbesar di Malaysia, satu rekod yang telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai Naga Emas Terbesar. Arca naga ini merupakan sebahagian daripada acara sambutan tahunan di lapangan terbang tersebut untuk mencipta satu pengalaman yang ceria bagi para penumpang dan pelawat ke KLIA.
Arca naga ini merupakan titik tumpuan bagi kempen Tahun Baharu Cina dan bakal dipamerkan di Terminal 1 KLIA sehingga 24 February 2024. Melambangkan tenaga, tradisi dan keagungan, arca naga ini telah diukir oleh seorang pengukir yang berpengalaman. Ia berukuran 12 kaki tinggi dan 25 kaki panjang.
Sambutan Ceria di KLIA
Para penumpang di Terminal 1 dan 2 KLIA dan lapangan terbang lain seperti, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN), Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KCH) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) berpeluang untuk membuat persiapan menyambut Tahun Baharu Cina dengan pelbagai acara dan promosi di bazar di Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA.
Dengan kerjasama Eraman and Heinemann Duty Free, bazar Tahun Baharu Cina bakal berlangsung dari 30 Januari sehingga 18 Februari, dan menawarkan pelbagai produk untuk Tahun Naga. Persembahan tarian singa akrobatik dan tarian naga juga akan menghiburkan para pengunjung dari 4 sehingga 24 Februari.
Promosi yang melimpah di KLIA
Meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina di KLIA dengan pelbagai promosi yang disediakan dengan kerjasama UnionPay.
1. Huat Reward (berakhir 24 Februari)
Dapatkan hadiah percuma Tiffin eksklusif dengan pembelian minimum RM1,888 dengan UnionPay atau RM2,388 dengan kad kredit/ tunai dalam satu resit di di mana-mana kedai yang mengambil bahagian di Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA, PEN, BKI, KCH dan LGK.
2. Angpow Bonanza (berakhir 24 Feb)
Tebus sampul Angpow eksklusif dengan pembelian minimum RM288 menggunakan UnionPay atau RM388 dengan kad kredit/ tunai dalam satu resit di mana-mana kedai yang mengambil bahagian di Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA, PEN, BKI, KCH dan LGK.
3. Fortune Money (berakhir 24 Feb)
Nikmati pengalaman membeli-belah di kedai-kedai yang mengambil bahagian di Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA , PEN, BKI, KCH dan LGK. Belanja hanya RM50 untuk menerima baucar bernilai RM50* untuk pembelian anda yang berikutnya yang bernilai minimum RM500 dalam satu resit.
4. Promosi F&B KUL Bites bersama Maybank (berakhir 7 May)
Raikan Tahun Naga dengan sajian yang enak bersama Maybank! Bakal berlangsung sehingga 7 Mei, para pengunjung yang menjamu selera di restoran terpilih di Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA, dan membayar dengan menggunakan Kad Kredir Maybank akan menerima pulangan tunai 15% (cashback).
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.malaysiaairports.com.my dan ikuti Instagram dan Facebook di @shopmyairports.
Comments
Post a Comment