LIZA HANIM SEKALI LAGI MEMUKAU PEMINAT DENGAN SINGLE TERBARUNYA “TAKDIR ITU MILIK AKU”


Siapa tidak kenal pelantun suara ‘Gelisah Mimpi’ iaitu Liza Hanim kembali mewarnai industri muzik tanah air dengan menghasilkan single terbarunya yang berjudul “Takdir Itu Milik Aku” dan baru-baru ini juga berlangsungnya Konsert "Liza Hanim 27 Years Journey In Concert" yang di Zepp Kuala Lumpur, menyaksikan kemunculan gemilang beliau dengan mengalunkan lagu-lagu yang mengenali dirinya dalam seni hiburan tempatan.

Selain itu, bercakap tentang kemunculan single terbarunya berjudul “Takdir Itu Milik Aku” ia merupakan runut bunyi rasmi (OST) bagi drama yang dinantikan iaitu "Takdir Itu Milik Aku" yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Lagu telah dikeluarkan di bawah laungan syarikat rakaman Sony Music Entertainment Malaysia.

Menurut Liza Hanim, lagu "Takdir Itu Milik Aku" adalah cerminan tentang perjuangan dan pengorbanan seseorang yang pada akhirnya harus akur menerima takdir yang telah ditetapkan. Dia berkata, "Sebagai manusia biasa, kita diuji dengan pelbagai dugaan dan segala penderitaan dan pengorbanan adalah sebagian dari takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Akhirnya, kita harus menerima dan berserah kepada-Nya."

Keputusan untuk menyanyikan lagu ini tidak memerlukan masa lama bagi Liza Hanim, kerana melodi dan liriknya sangat memikat hatinya sejak awal lagi. Liza Hanim juga menjelaskan bahawa makna lagu ini mudah difahami dan boleh dikaitkan dengan para pendengar apabila mendengarnya.


"Saya memutuskan untuk merakam lagu ini kerana melodi dan liriknya sangat unik dan enak didengar. Bahagian chorus yang mudah dan catchy membuatkan saya mudah mengingati. Sekali gus, membuat lagu ini semakin istimewa buat saya. Meskipun ada berbagai cabaran dalam proses menghasilkan lagu ini, namun ia adalah hasil kerja yang sangat berbaloi" tambahnya.

Drama "Takdir Itu Milik Aku" mengisahkan tentang Dian Zara, seorang gadis lurus dan bersih hatinya menumpang kasih dengan neneknya. Manakala emak saudaranya, Kamisah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Dian disuruh menjadi orang gaji sebelum dipaksa kahwin. Episod duka bermula hanya kerana dia hamil anak cacat.

Drama ini juga telah dilakonkan oleh pelakon yang hebat seperti Emna Maembong, Aiman Hakim, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Mustaqim Bahadun, Datuk Fauziah Nawi, Mak Engku Farida, Naszsally, Riz Amin, dan ramai lagi.


Lagu 'Takdir Itu Milik Aku’' boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.



Comments

Popular posts from this blog

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!