SENARAI PROGRAM-PROGRAM HIBURAN MENARIK DI SINGAPURA 2024

Tahun 2024 bakal dirancakkan dengan pelbagai program hiburan seperti konsert yang menarik di Singapura. Sudahkah anda bersedia dengan pasport dan bagasi untuk menyeberangi sempadan demi menyaksikan persembahan ikon-ikon seperti Taylor Swift, Ed Sheeran, IVE, Shinee, Eric Nam dan Sum41?

Selain daripada konsert muzik pop, Singapura juga bakal membawakan pelbagai persembahan kebudayaan yang menarik. Jom kita lihat program-program menarik 2024 yang telah disenaraikan oleh SISTIC dan rancang percutian anda ke Kota Singa!


KONSERT JELAJAH MAHER ZAIN 2024 (2 Mac 2024)

Saksikan kehebatan Maher Zain, artis R&B kacukan Sweden-Lubnan yang terkenal dengan lagu-lagu berunsur rohani di konsertnya di Singapura pada Mac akan datang! Susulan konsert terakhirnya di Malaysia pada tahun 2019, para peminat sangat menantikan kepulangannya ke Asia Tenggara. Antara lagu-lagu hits dendangan beliau adalah ‘Thank You Allah’, ‘Forgive Me’ dan ‘One’!

● Tempat: Singapore Expo Dewan 7
● Harga : SGD68 - SGD238
● Dapatkan tiket anda melalui SISTIC


Jelajah Dunia A-Link with Passengers (4 Mei 2024)

A-LIN, pemenang Anugerah Melodi Emas untuk Penyanyi Wanita Terbaik, bakal kembali semula ke Singapura. Kali ini, A-LIN akan persembahkan lagu-lagu baharunya dengan produksi hebat yang bakal menggegarkan pentas!

● Tempat: Resorts World Ballroom, Pusat Konvensyen Resorts World
● Harga : SGD98 - SGD278
● Dapatkan tiket anda melalui SISTIC


Jelajah Dunia 2024 TwoSet Violin (31 Januari - 1 Februari 2024)

TwoSet Violin, duo pemuzik yang bukan sahaja berbakat tetapi terkenal dengan sentuhan komedi di dalam persembahan mereka telah mencuri hati para peminat di seluruh dunia. Mereka bakal membuat kemunculan semula yang sangat dinanti-nantikan. di SIngapura untuk satu malam sahaja.

● Tempat: Dewan Konsert Esplanade
● Harga : SGD129 - SGD239
● Dapatkan tiket anda melalui SISTIC


Konsert Harry Potter and the Half-Blood Prince (19 April - 20 April 2024)

Bahagian keenam Siri Konsert Filem Harry Potter™ iaitu Harry Potter dan Half-Blood Prince™ in Concert sudah tiba! 

Orkestra Festival Metropolitan akan mempersembahkan skor luar biasa gubahan Nicholas Hooper dalam persembahan secara langsung dari filem Harry Potter dan Half-Blood Prince™ secara serentak dengan tayangan filem tersebut yang dipancarkan dalam format definisi tinggi ke atas skrin 40 kaki. Ia pastinya satu persembahan yang tidak harus dilepaskan bagi semua peminat siri Harry Potter.

● Tempat: Teater Esplanade
● Harga : SGD79 - SGD249
● Dapatkan tiket anda melalui SISTIC


Madagascar The Musical (18 Januari - 28 Januari 2024)

Sertai Alex the Lion, Marty the Zebra, Melman the Giraffe, Gloria the hip hop Hippo dan penguin-penguin yang lucu serta nakal di atas pentas dalam pengembaraan muzikal yang lucu ini. Berdasarkan filem animasi DreamWorks dengan nama yang sama, Madagascar – The Musical mempersembahkan semua watak kegemaran ramai yang mana mereka melarikan diri dari kediaman mereka di Central Park Zoo di New York. Selanjutnya, mereka dengan tidak dijangka telah mendarat di Madagascar dan bertemu dengan King Julien.

Dipenuhi dengan babak-babak melucukan dan lagu-lagu rancak seperti “Move It, Move It!”, Madagascar - The Musical pastinya akan menawan hati penonton muda dan juga dewasa! 

● Tempat: Teater Esplanade
● Harga : SGD48 - SGD138
● Dapatkan tiket anda melalui SISTIC


Shreya Goshal - All Hearts Tour (9 Mac 2024)

Shreya Ghoshal yang dianggap sebagai penyanyi paling berpengaruh dengan suara lunak yang luar biasa pada zaman ini, membuat membuat kemunculan pertamanya dalam filem Sanjay Leela Bhansali yang berjudul “Devdas”. Persembahan beliau yang unik telah membawa kemenangan Anugerah RD Burman untuk Bakat Muzik Baharu Terbaik, Anugerah Filem Kebangsaan dan Anugerah Filmfare untuk Penyanyi Playback Terbaik. Shreya terus merakam lagu bersama pemuzik terkenal termasuk Salim Sulaiman, Pritam, AR Rahman, Ismail Darbar, Vishal Shekhar, Sanjay Leela Bhansail, Shankar Ehsaan Loy dan ramai lagi. 

● Tempat: Teater The Star, Pusat Seni Persembahan The Star
● Harga : SGD78 - SGD499
● Dapatkan tiket anda melalui SISTIC


‘The Very Hungry Caterpillar Show’ (29 Februari - 3 Mac 2024)

The Very Hungry Caterpillar telah pun memukau penonton di seluruh dunia selama lebih tujuh tahun dengan menghidupkan karya klasik Eric Carle di pentas. Dicipta oleh Jonathan Rockefeller, produksi yang mendapat pengiktirafan kritis ini menampilkan lebih daripada 75 boneka yang memikat perhatian termasuk bintang utamanya – The Very Hungry Caterpillar. 

● Tempat: Teater Victoria
● Harga : SGD42 - SGD72
● Dapatkan tiket anda melalui SISTIC


Kejohanan Dunia Wanita HSBC (29 Februari - 3 Mac 2024)

Tahun ini merupakan edisi ke-16 bagi Kejohanan Dunia Wanita HSBC. Kejohanan ini bakal berlangsung dari 29 Februari hingga 3 Mac 2024 dan menampilkan aksi sukan golf dari atlet-atlet wanita yang terkemuka dari seluruh dunia.

● Tempat: Sentosa Golf Club, Tanjong Course
● Harga : SGD28 - SGD113
● Dapatkan tiket anda melalui SISTIC

Comments

Popular posts from this blog

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!