ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN


Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini, ANTA, jenama pakaian sukan global terkemuka, memperkenalkan kempen sumbangan kasut #ANTABersamaAnda mereka yang pertama dengan tujuan untuk menerapkan nilai belas kasihan dan semangat kebersamaan dan perpaduan. ANTA komited dalam usaha untuk memberi kembali kepada komuniti dan mereka menjemput warga Malaysia untuk turut menyumbang kasut pre-loved mereka demi menghidupkan lagi kempen ini untuk membantu golongan kurang berkemampuan.

Mulai 20 Mac hingga 5 April, ANTA akan mengumpul kasut-kasut terpakai di lokasi penghantaran yang ditetapkan di Lembah Klang, iaitu The Exchange TRX, 1 Utama Shopping Centre, Sunway Pyramid, dan The Mall, Mid Valley Southkey di Johor Bahru, dengan sasaran untuk mengumpul sekurang-kurangnya 200 pasang kasut. Kasut-kasut yang didermakan ini akan diedarkan kepada komuniti kurang berkemampuan yang tersenarai di bawah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Teach for Malaysia dan Women of Will. Selain itu, ANTA akan turut menyediakan kasut dan pakaian baharu untuk para penerima sumbangan supaya mereka serba sedia untuk meraikan Syawal.

Pang Sook Fong, Pengurus Negara ANTA Malaysia, berkata, beliau percaya bahawa inisiatif ini bukan sahaja dapat memberi nafas baharu kepada kasut lama, ia juga dapat mengurangkan jejak karbon.

“ANTA sangat teruja untuk menerajui kempen yang sangat bermakna ini dengan menjalinkan usaha kemampanan dengan tanggungjawab sosial. Sumbangan kasut pre-loved kepada golongan yang memerlukan, terutamanya kanak-kanak dan wanita, dapat memperkasakan mereka dan mendatangkan perubahan kepada kehidupan mereka untuk masa depan yang lebih cerah.”

Sebagai tanda penghargaan, setiap pelanggan yang menyumbang sepasang kasut akan menerima diskaun eksklusif untuk produk kasut ANTA terpilih (tertakluk pada terma dan syarat).

“ANTA kekal teguh dalam komitmen kami untuk memacu perubahan positif dalam komuniti melalui inisiatif yang mampan. Kami mengutamakan penyediaan produk sukan berkualiti tinggi kerana kami percaya bahawa ia mampu menaikkan semangat kita untuk terus ke hadapan dengan penuh yakin,” kata Sook Fong.

Untuk menyempurnakan lagi kempen #ANTABersamaAnda, ANTA akan menganjurkan beberapa siri acara dalam kedai mulai 15 Mac 2024. Pelanggan boleh mengunjungi kedai ANTA atau layari my.anta.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran dan acara menarik yang tersedia.

Di samping itu, para pelari yang berminat boleh menyertai Run-Madan dengan ANTA Running Team (ART) bersama kelab larian tempatan di Lembah Klang. Pelari boleh mendapatkan kemas kini butiran acara ini di platform media sosial ANTA.

Bukan itu sahaja! Pada April 2024, ANTA akan memperkenalkan ANTA KAI 1, keluaran pertama daripada koleksi kasut bola keranjang Kyrie Irving, ke pasaran Malaysia. Berikutan permintaan yang menggalakkan di seluruh dunia, ANTA KAI 1 menjanjikan gabungan fungsi dan estetika untuk menyampaikan prestasi luar biasa khas bagi peminat dan pemain bola keranjang.

Untuk maklumat lanjut tentang ANTA, kempen sumbangan kasut #ANTABersamaAnda, dan pelancaran ANTA KAI 1, sila layari https://my.anta.com/ atau @AntaMalaysia di Instagram atau on Facebook.



Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI