NABILA HUDA HOS “MASAK SANA SINI NEW YORK” DI RTM
Siapa yang dapat menidakkan kemampuan Nabila Huda sebagai pengacara? Buktinya sepanjang Ramadan ini, Nabila dikekalkan sebagai hos dalam musim kedua program “Masak Sana Sini New York” setiap Isnin hingga Sabtu, pukul 12.00 tengah hari di saluran Okey dan juga secara percuma menerusi RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my).
Berkelana ke bumi New York, Kota Nombor 1 Dunia itu membawa Nabila bersama-sama rakyat Malaysia yang telah menetap di sana untuk memasak pelbagai juadah berbuka puasa yang mudah, ringkas.
Sepanjang 26 episod, penonton dibawa menyaksikan keindahan Washington Square Park, bangunan pencakar langit di Time Square, The High Line, bangunan The Vessel, bangunan bersejarah Grand Central Terminal, Central Park, The Metropolitan Museum, jambatan ikonik Brooklyn Bridge, keunikan The Oculus, Chinatown, American Museum of Natural History, Coney Island, Little Island, kawasan kejiranan Soho, New York, New York Transit Museum, Roosevelt Island, senibina Flatiron Building, dan Promenade Height & Dumbo.
Menariknya dalam program ini turut dikongsikan pengembaraan Nabila di Prospect Park, Joker Stairs, Unisphere, The Charging Bull (Wall Street), bangunan ikonik Empire State Building, pengalaman manis menaiki Bas Hop on Hop Off New York City, Statue of Liberty, serta episod khas Nabila Huda menyambut lebaran di kota New York bersama-sama rakyat Malaysia yang menetap di New York. Selain itu, Nabila akan menyediakan juadah istimewa hari raya untuk dinikmati bersama para tetamu.
Bukan kembara semata-mata sebaliknya Nabila akan berkongsi resipi juadah berbuka puasa bersama tetamu jemputan antaranya Noor Azreen Kamalzman yang bekerja di Konsul Imigresen Malaysia, New York, Nalini A/P Sinniah; Pegawai Atas Imigresen Malaysia, New York, Khairul Azman (Penerbit Animasi), Alif Idlan (mahasiswa dari Columbia University New York), Wafi Abd (pereka produk), Tasneem Abd Halim (pegawai korporat), Sarah Zaid (Strategi Komersial), Shazlyn Millieana (pensyarah), Saiful Amri yang bekerja dalam bidang ekonomi, dan Aliaa Zulkifli (Pengarah Kanan Pemasaran Prestasi).
Saksikan juga air tangan anak tempatan yang lain seperti Edlan Mikyad (mahasiswa dari United States Military Academy), Sharon Lam yang (Pembantu Guaman), Anis Azlan (Pegawai Pemasaran), Alisya Razman (Guru Tarian Profesional), Wan Khalil Wan Ahmad (ahli perniagaan), Izham Iskandar yang bekerja sebagai (Penggalak Pelaburan), Nuryani Iman (Jurutera Perisian), Amaliza Bahari yang bekerja sebagai Pegawai Kerajaan di United Nation Malaysia, New York, Natasha Hazirah (mahasiswi di Rutgers University Newark) dan Shammil Haiqal (mahasiswa di St John University).
Comments
Post a Comment