SUSENJI MEMPERKENALKAN DUTA JENAMA PERTAMANYA, AIN EDRUCE

3Q Quinn Sdn Bhd, yang juga dikenali dengan nama jenama Susenji, peneraju dalam produk kecantikan, kesihatan, dan kesejahteraan, dengan bangganya mengumumkan satu tonggak penting dalam perjalanannya. Acara 'Jom! Meriah with Susenji' menandakan sambutan kerjasama strategik kerana Susenji memperkenalkan duta jenama pertamanya, Ain Edruce.

Ain Edruce, Duta Jenama Susenji bersama pengasas bersama Susenji & pengedar utama Dari kiri: Rozie Hani Marissa, Sieu Ee Toi, Kaycee Lee, Queenie Kwok, Ain Edruce, Nana Mohd (emcee), Erika Pua, Kim Chen dan Aida Ahmed

Ditubuhkan lapan tahun yang lalu, Susenji telah berkembang menjadi nama yang tidak asing dalam industri kecantikan dan kesihatan di Singapura, Hong Kong, Australia, dan merancang untuk pengembangan antarabangsa lebih lanjut pada tahun hadapan. Kejayaan jenama ini berakar pada komitmennya untuk menyediakan produk premium, melabur dalam R&D, dan menggabungkan bahan yang telah didaftar paten antarabangsa, merangsang inovasi berterusan. Kejayaan Susenji disumbang oleh kepercayaan pengguna setia dan saranan antara pengguna.

“Kami di 3Q sangat berbesar hati menyambut Ain Edruce ke dalam keluarga besar Susenji. Komitmennya terhadap kesihatan dan kecantikan, sambil berjaya menguruskan rumahtangga dan kerjaya yang berkembang, selaras dengan misi jenama kami. Tujuan kami adalah untuk membantu individu mencapai gaya hidup yang lebih sihat seterusnya berasa lebih yakin terhadap diri sendiri. Kami yakin Ain akan menginspirasi ramai orang, kerana pengaruhnya dan juga gaya hidupnya yang dekat dengan para peminat." kata Queenie Kwok, pengasas Susenji.


Dr Redza Rahman, bekas ketua saintis dan pakar nutigenomik yang turut hadir di majlis itu menyatakan, “Saya memuji usaha baik Susenji dalam melabur dengan bahan-bahan bertaraf antarabangsa, sekaligus memberikan yang terbaik kepada para pengguna Susenji.”

Menyuarakan kegembiraannya tentang kerjasama ini, Ain Edruce berkata, "Saya merasa berbesar hati dengan kerjasama dengan Susenji sebagai duta pertama jenama mereka. Saya amat percaya dalam berkongsi produk yang selamat dan bermanfaat dengan orang lain. Bermula sebagai pengguna, saya teruja untuk berkongsi dengan peminat-peminat saya tentang jenama Suseni dan bagaimana saya sendiri telah mendapat manfaat darinya."

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!