TAWARAN MEWAH SEHINGGA 80% DISKAUN DI JUALAN PERAYAAN GENTING HIGHLANDS PREMIUM OUTLETS DAN JOHOR PREMIUM OUTLETS.


Genting Highlands Premium Outlets dan Johor Premium Outlets bakal menceriakan pembeli dengan Jualan Perayaan akan datang yang menampilkan tawaran sehingga 80% diskaun yang tiada tandingan. Berlangsung dari 5 hingga 14 April 2024, Jualan Perayaan yang luar biasa ini menjanjikan penjimatan yang menakjubkan, tawaran eksklusif, hadiah serta pengalaman membeli-belah yang unik di satu-satunya Pusat Premium Outlet di Malaysia. 

“Di Genting Highlands Premium Outlets dan Johor Premium Outlets, kami menghargai dan memahami kepentingan nilai. Komitmen kami kepada pelanggan kami ialah memastikan bahawa mereka boleh menikmati kemewahan kehidupan harian tanpa perlu menanggung beban kewangan. Jualan Perayaan ini menekankan dedikasi kami untuk membolehkan pembeli menikmati nilai yang tiada tandingan pada jenama premium, agar keceriaan pengalaman membeli-belah bertaraf dunia dapat dinikmati oleh semua,” kata Jean Marie Pin Harry, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Genting Simon Sdn. Bhd. 

Sebagai tambahan kepada penjimatan luar biasa sehingga 80%, Jualan Perayaan juga akan menampilkan kempen penebusan yang menarik, yang mana pembeli yang membelanjakan RM1,500 atau lebih dengan pengumpulan maksimum dua resit dalam hari yang sama akan layak untuk menebus sebuah hadiah eksklusif. 

Kedua-dua cawangan itu akan menganjurkan acara dan persembahan yang mengagumkan dari 5 hingga 7 April, yang mana lukisan muka, artis karikatur, badut serta persembahan api yang mengujakan pasti menjanjikan hiburan untuk seisi keluarga. 

100 pelawat pertama setiap hari juga akan dapat menikmati hadiah makanan dan minuman dari cawangan terpilih pada masa yang ditetapkan. 

Hadiah Genting Highlands Premium Outlets (5 hingga 7 April, 6.30 petang) 
  • Coolblog Signature Smoothie Percuma untuk 100 pelanggan pertama setiap hari. 
  • DÔME Café Macadamia Cheesecake Percuma untuk 100 pelanggan pertama setiap hari. 
  • Donut Krispy Kreme Original Glazed Doughnut atau Aneka Donut Percuma untuk 100 pelanggan pertama setiap hari. 
  • Marrybrown Kombo Nasi Lemak Percuma untuk 100 pelanggan pertama setiap hari. 
Hadiah Johor Premium Outlets (5 hingga 7 April, 10 malam) 
  • Boost Juice Bars All Berry Bang Percuma untuk 100 pelanggan pertama setiap hari. 
  • DÔME Café Caramel Macadamia Cheesecake Percuma untuk 100 pelanggan pertama setiap hari. 
  • Marrybrown Kombo Nasi Lemak Percuma untuk 100 pelanggan pertama setiap hari. 
  • The Coffee Bean & Tea Leaf Iced Double Chocolate Percuma untuk 100 pelanggan pertama setiap hari. 
Terkenal dengan tapak kaki berwarna merah yang ikonik, Christian Louboutin baru-baru ini menyertai barisan jenama mewah terkenal di Johor Premium Outlets, merangkumi jenama seperti Balenciaga, Bottega Veneta, Fendi, Versace dan banyak lagi. 

Di Genting Highlands Premium Outlets, pembeli juga akan mendapat akses kepada beberapa nama terbesar dalam fesyen merangkumi Armani, Burberry, Ferragamo, MaxMara dan banyak lagi. Waktu Jualan Perayaan untuk Genting Highlands Premium Outlets adalah dari 10 pagi hingga 10 malam dari 5 hingga 14 April 2024. 

Pengunjung Johor Premium Outlets boleh menikmati waktu membeli-belah lanjutan dari 10 pagi hingga 12 tengah malam dari 5 hingga 7 April, dan dari 8 hingga 14 April 2024, waktu perniagaan adalah dari 10 pagi hingga 10 malam. 

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari www.premiumoutlets.com.my bagi mendapatkan senarai lengkap kedai semasa dan perkhidmatan pelanggan.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

BUKAN SEKADAR HIBURAN, FILEM "MEREKA YANG TERTEWAS' MENGAJAK PENONTON MERENUNG MAKNA KEHIDUPAN

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.