THE EXCHANGE TRX MERAIKAN KEINDAHAN MUSIM RAYA DENGAN ‘MAGNIFICENCE OF RAYA’


The Exchange TRX meraikan keindahan dan kemegahan musim Raya ini dengan ‘Magnificence of Raya’ — sebuah pameran visual yang menampilkan budaya, tradisi dan kesenian Melayu. Pengunjung dipelawa untuk menghayati keunikan batik yang dipaparkan dalam pameran dan persembahan memukau yang akan bermula dari hari ini hingga 21 April 2024.


“Kekayaan dan tarikan budaya masyarakat Melayu tidak dapat dinafikan, ianya sebati dengan lumrah kehidupan warga Malaysia yang terdiri daripada komuniti yang berbilang kaum. Sebagai nadi gaya hidup Pusat Kewangan Antarabangsa di Malaysia, penganjuran ‘Magnificence of Raya’ meraikan keindahan budaya tradisional Melayu dan memberi penekanan terhadap peranannya dalam membentuk senibina, rekaan dan seni kontemporari Malaysia,” ujar Pengarah Projek The Exchange TRX dan Ketua Peruncitan di Lendlease Malaysia, Mitch Wilson.


“Matlamat kami adalah untuk membina peluang bagi komuniti setempat The Exchange TRX untuk saling memahami dan menghargai budaya satu sama lain. Selain pameran yang menghiasi Central Exchange, gerbang pintu masuk, ruangan umum dan TRX City Park, kami turut membawa persembahan kebudayaan di Central Exchange dengan harapan ia dapat memberi pengalaman yang boleh dihayati oleh semua pengunjung” tambah Wilson.


Pengunjung akan disambut oleh elemen hiasan di gerbang masuk dan keseluruhan ruang dalaman The Exchange TRX. TRX City Park akan menempatkan sebuah kotak lampu gergasi yang mengambil inspirasi daripada juadah yang sinonim dengan Hari Raya iaitu ketupat. ‘Magnificence of Raya’ akan bertumpu di Central Exchange dan menampilkan sebuah rumah kampung dengan senibina memukau yang menyepadukan rekaan dan motif Melayu tradisional. Unsur utama bagi kempen ini ialah batik Malaysia yang mengambil ilham daripada keindahan alam di Malaysia yang dijiwai secara halus dengan motif keindahan Bunga Raya sebagai tumpuan utama.


Central Exchange juga akan menjadi tumpuan pengalaman kebudayaan kepada semua pengunjung. Pengunjung yang ingin berehat sementara membeli-belah boleh menikmati persembahan silat dan wayang kulit atau persembahan muzik daripada kumpulan caklempong dan kompang. Hiasan berkenaan turut menampilkan bunga-bunga mekanikal gergasi yang berayun lembut seumpama ditiup angin sepoi, sebagai tanda penghargaan terhadap landskap semulajadi Malaysia. Pengunjung juga dipelawa untuk memuat naik gambar dengan hiasan Raya kegemaran mereka untuk melayakkan mereka memenangi hadiah daripada The Exchange TRX. Maklumat lanjut tentang peraduan ini akan diumumkan melalui Instagram @theexchangetrx.

Pengunjung akan semestinya teruja dengan promosi dan tawaran Ramadan-Raya yang disediakan oleh jenama-jenama tempatan di The Exchange TRX, seperti Ariani, Bonia, Calaqisya, Carlo Rino, Habib, Minimalist Lab, Wanderlust + Co.


Pengunjung yang ingin berbuka puasa bersama rakan-rakan dan keluarga boleh mencuba pelbagai jenis makanan dari Meriah oleh Serai Group, yang menampilkan hidangan dari Asia Tenggara; dan G’rai, sebuah restoran yang mengambil inspirasi citarasa Melayu asli dan membawa juadah istimewa beraneka rasa.


Untuk memeriahkan lagi suasana, The Exchange TRX turut meraikan kanak-kanak dan penjaga mereka dari Rumah Bakti Syaheera yang akan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti seperti mencanting batik dari corak lukisan tangan, pemberian cenderahati daripada jenama tempatan Mimpikita, sesi tontonan filem di Aurum Theatre, dan diakhiri dengan sesi buka puasa di G’rai.


Sepanjang tempoh kempen ini berlangsung, pengunjung serta pemegang kad UOB atau Citibank berpeluang menerima hadiah eksklusif daripada The Exchange TRX. Bagi mereka yang membelanjakan jumlah minimum RM1,500 (RM1,200 untuk kad UOB dan Citibank) dalam dua (2) resit akan menerima Lovely Lace Reed Diffuser (200ml). Mereka yang membelanjakan minimum RM200 (RM150 untuk kad UOB dan Citibank) dalam satu (1) resit pula akan menerima paket sampul duit Raya rekaan istimewa. Pemegang kad kredit UOB atau Citibank juga layak menerima tambahan RM20 dalam bentuk baucar tunai Seibu dengan perbelanjaan minimum RM150 dalam satu (1) resit atau menerima RM180 baucar tunai Seibu dengan perbelanjaan minimum RM1,200 dalam dua (2) resit.

Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.theexchange.my/, atau ikuti The Exchange TRX di Facebook dan Instagram.

 

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!