PRATONTON FESYEN AEON EDISI JUN 2024 TAMPILKAN 5 PEREKA ASEAN BERBAKAT


AEON, terkenal dengan pratonton fesyen, AEON Fashion Preview (AFP) yang dinanti-nantikan, telah kembali dengan fokus terbaharu untuk memberi sorotan kepada rakan usaha sama untuk memenuhi permintaan rentas generasi dan meraikan kepelbagaian susuk tubuh. Sinonim dengan pentas peragaan yang di luar kebiasaan, pratonton kali ini menampilkan landasan peragaan fesyen di pasaraya AEON, menggandingkan fesyen dengan rutin membeli-belah harian. Ini membolehkan para pengunjung ke AEON Cheras Selatan menikmati peragaan fesyen sambil membeli-belah! 


Generasi warga emas jadi tumpuan dengan Takumi Jeans 

Sering dilupakan, kali ini generasi warga emas diberikan peluang untuk bersinar di AFP. Tahun ini, Takumi Jeans, terkenal dengan denim berkualiti tinggi yang dihasilkan di wilayah Okayama, Jepun diberikan penghormatan untuk memulakan AFP bersama model-model warga emas. Pakaian denim yang diperagakan bukan sahaja mesra-alam tetapi juga amat tahan lama dan mencerminkan gandingan sempurna hasil tangan tradisional dan gaya moden. Direka untuk menepati citarasa dan keperluan warga emas, Takumi Jeans menawarkan keselesaan, gaya dan kemampanan. Kerjasama bersama Takumi Jeans menunjukkan komitmen AEON untuk membawakan gaya fesyen kaya dengan budaya dan memberi penghormatan kepada generasi warga emas. 


Menerajui Keterangkuman: Michiko Ohashi dan Fesyen Plus-Size 

Ikon fesyen J-pop Big Angel dan rakan usaha sama istimewa majalah la farfa, Michiko Ohashi menjadi peneraju bagi keterangkuman di AFP.  Sebagai rakan usaha sama bagi majalah la farfa, majalah fesyen bagi wanita plus-size, Ohashi menampilkan perspektif unik dan sebagai anggota Big Angel, sebuah kumpulan idol Jepun, beliau mempromosi body positivity dan melangkaui standard kecantikan tradisonal. Di AFP, Ohashi bakal memperagakan koleksi pakaian yang meraikan keterangkuman dan memperkasakan individu pelbagai saiz untuk menerima keunikan masing-masing.  


Pereka fesyen ASEAN dijemput untuk meluaskan pasaran ke Malaysia bersama AEON 

Lima pereka fesyen/ jenama yang berbakat telah dijemput untuk memupuk perhubungan dua-hala negara dan memacu perkembangan fesyen ke hadapan. Inisiatif ini memberikan platform yang dinamik untuk memperkenalkan rekaan inovatif dan kepelbagaian budaya serta meningkatkan pendedahan rekaan pereka tersebut ke penggemar fesyen di Malaysia dan selanjutnya.  

  • Andrew Smith: Diketuai oleh pereka Indonesia, Achmad, jenama ini menampilkan gandingan pakaian lelaki tradisional yang sofistikated dengan fesyen kontemporari. Ia menawarkan rangkaian pakaian kasual yang bergaya, selesa dan praktikal.  
  • CDL (Cardinal): Diasaskan pada tahun 1973, dipimpin oleh pereka fesyen Leo dan Safei dari Indonesia, jenama ini terkenal dengan pilihan pakaian yang versatil dan bergaya untuk lelaki dan wanita. Sama ada kasual atau formal, CDL menggabungkan keselesaan dengan gaya kontemporari pada harga mampu-milik. 
  • M.Gee: Sejak tahun 1990, dipimpin oleh pereka fesyen Oman dan Fajar dari Indonesia, jenama ini menampilkan pakaian khusus berkualiti tinggi seperti kemeja, kemeja-T, jaket dan sebagainya untuk aktiviti luar yang lasak .  
  • Finix: Diasaskan oleh Leonard Cheong, pereka dari Singapura dalam tahun 2019, Finix membawakan rangkaian FORM, FIT, dan FLOW untuk gaya individu yang berbeza. Ia mendorong si pemakai untuk ekspresi diri dengan selesa.  
  • Kanzi: Dipimpin oleh pereka Muhammad dan Liza dari Singapore, jenama ini terkenal dengan busana formal yang anggun yang diperbuat daripada fabrik tradisional Ikat. Lestari, berkualiti dan unik, busana Kanzi menggandingkan rekaan moden dengan unsur tradisional. 




stads memperkenalkan koleksi baharu untuk urban explorers 

Stads Volume 2 merupakan koleksi yang dinanti-nantikan, menyusuli kejayaan pelancarannya. Pakaian serba guna ini diperbuat daripada fabrik yang ringan dan telus udara menjadikannya pilihan yang sempurna bagi mereka yang sentiasa aktif dan inginkan keselesaan dalam pergerakan.  

“Selain daripada mempromosi gaya hidup dan fesyen terangkum musim ini, AEON Select juga telah menampilkan budaya pop yang dipengaruhi oleh anime. Dengan pelancaran siri terbaharu Jujutsu Kaisen, kami yakin ia akan menjadi satu perantara untuk ekpresi diri, membolehkan individu untuk menyerlahkan keunikan cita rasa dan perwatakan masing-masing. Dengan memakai pakaian yang diinspirasi oleh anime, para peminat dapat meraikan watak kesayangan mereka dan menjadikan ia satu cara untuk memupuk kreativiti dan identiti,” kata Low Ngai Yuen, Ketua Merchandise dan Pemasaran AEON. 

Koleksi untuk kanak-kanak, JKids Sports dan rangkaian pakaian aktif Appetite turut diperagakan di AFP.  


“Gaya hidup yang aktif adalah satu keperluan bagi golongan tua dan muda, mengekalkan kesihatan dan memupuk semangat komuniti merentasi generasi,” tambah beliau. 

AEON Fashion Preview edisi Jun 2024 adalah selaras dengan komitmen AEON kepada Sasaran Pembangunan Mampan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Sustainable Development Goals) 8 dan 15, dengan fokus memupuk masyarakat yang aman dan terangkum untuk pembangunan yang mampan, memberi akses kepada keadilan, dan membina institusi yang efektif, bertanggung jawab dan terangkum. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://aeonretail.com.my/fashion/afp/june24/.


Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

ASTRO ORIGINALS ‘PROJECT; EXIT’ MENGUPAS ISU KESIHATAN MENTAL & KONFLIK KELUARGA MENERUSI KISAH PERSAHABATAN YANG PENUH EMOSI

IQIYI SAJIKAN DRAMA BERSIRI ‘SATU HARI NANTI’ GANDINGAN BELLA ASTILLAH, EZAIDI AZIZ & EYKA FARHANA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA