AEON LANCAR JBABY FAIR & PERADUAN FOTO SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-40


AEON mengalu-alukan ibu bapa di Kuala Lumpur untuk mengunjungi JBaby Fair yang sedang berlangsung dari 29 Julai hingga 4 Ogos di North Court, Mid Valley Megamall, selaras dengan sambutan ulang tahun AEON yang ke-40.


Peraduan Foto JBaby turut dilancarkan pada majlis pelancaran yang sama dan terbuka kepada ibu bapa dengan bayi berusia 6 hingga 24 bulan. Peraduan ini bermula dari 29 Julai sehingga 8 September 2024. Sesiapa yang berminat hanya perlu berbelanja sebanyak RM80 ke atas di bahagian Bayi AEON, dalam satu atau gabungan dua resit pada hari yang sama. 

Dari 29 Julai hingga 4 Ogos, AEON Mid Valley juga akan menawarkan khidmat jurugambar profesional untuk membantu ibu bapa mengambil gambar si comel mereka.

Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Malaysia

“Kami merasa gembira untuk menganjurkan JBaby Fair dan Pertandingan Foto sebagai sebahagian daripada ulang tahun ke-40 AEON,” kata Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Malaysia. 

Gimik pelancaran Peraduan Foto JBaby 

“Hari ini, kita menyaksikan evolusi yang luar biasa dalam gaya membesarkan anak-anak. Ibu bapa moden mengamalkan pendekatan aktif untuk membesarkan anak-anak dalam pelbagai aspek yang menyeluruh. Perubahan ini mencerminkan tuntutan untuk penglibatan ibu bapa dalam proses membina kenangan abadi bersama anak-anak mereka. Di AEON, kami komited untuk membantu keluarga, dan kami berharap acara ini dapat memperkukuhkan hubungan penting antara ibu bapa dan anak-anak mereka.”

Program “Styling Your Baby” oleh Mom’s Heart

JBaby Fair juga akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak, termasuk sesi mewarna interaktif yang dikelolakan oleh Leap Frog dan peluang untuk bermesra dengan maskot kegemaran, Bibiro, yang akan menghiburkan pengunjung cilik dengan belon dan senyuman.

Pertandingan Mini Daddy vs. Diapers

Selain itu, JBaby Fair akan menawarkan pelbagai aktiviti dan bengkel yang bertujuan untuk menyokong ibu bapa. Peserta boleh mengambil bahagian dalam bengkel Ibu & Bayi seperti “Styling Your Baby” oleh Mom’s Heart, yang memberikan panduan fesyen pakar, dan “Nutrition for Baby” oleh Bio-Lifestyle, yang memberi tumpuan kepada amalan pemakanan yang penting. Acara ini juga akan menampilkan Pertandingan Mini Daddy vs. Diapers yang meriah, menjanjikan keseronokan dan hadiah yang menarik.


Pemenang Peraduan Foto JBaby akan diumumkan pada 3 November 2024, di JKids Fair di AEON Mall Shah Alam. 

Hadiah-hadiah termasuk: 
  • Hadiah Utama: Baucar Hadiah AEON RM2,000, kereta sorong, dan mainan bernilai RM300 
  • Hadiah Kedua: Baucar Hadiah AEON RM1,500, kereta sorong, dan mainan bernilai RM300 
  • Hadiah Ketiga: Baucar Hadiah AEON RM1,000, kereta sorong, dan mainan bernilai RM300 
  • Tujuh Hadiah saguhati: Mainan bernilai RM300 setiap satu

Jenama yang menyertai JBaby Fair termasuk Bio-Lifestyle, Jbaby, Leap Frog, Hegen, dan Baby Love. 

“Komitmen kita semua terhadap kesejahteraan anak-anak kita harus merangkumi semua aspek. Kita harus memastikan masa yang diluangkan oleh anak-anak bersama gajet dan juga aktiviti luar adalah seimbang. Dengan adanya pelbagai aktiviti dan bengkel yang menarik di JBaby Fair, kami berharap dapat membawakan satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan bagi ibubapa dan juga anak-anak. Kami juga menantikan foto-foto yang menarik bagi peraduan tersebut dengan penuh debaran,” kata Low Ngai Yuen. 



Untuk info lanjut tentang JBaby Fair & Peraduan Foto JBaby, sila layari

Comments

Popular posts from this blog

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KENALI ISMAIL ZAIN DALAM PAMERAN “MEMBAYANG MAKSUD”

PONTIANAK 200KG - FILEM KOMEDI PALING BERAT ABAD INI BAKAL MENGGIGIT DI PAWAGAM MULAI 5 SEPTEMBER