FOODPANDA MALAYSIA LANCAR ‘JEJAK PANDA’ UNTUK MENYEDIAKAN PELUANG PENDAPATAN MUDAH


foodpanda Malaysia memperkenalkan kempen pengambilan rakan penghantar yang menyediakan peluang pendapatan segera, selari dengan komitmennya untuk memartabatkan komuniti tempatan di mana ia beroperasi.

Kempen ‘Jejak Panda’ dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil, serta Pengarah Operasi foodpanda Malaysia, Shubham Saran pada majlis yang berlangsung sehari di IWK Eco Park, Pantai Dalam, pada 13 Ogos 2024.

‘Jejak Panda’ menyerlahkan usaha berterusan foodpanda untuk memartabatkan komuniti di mana ia beroperasi dengan menawarkan akses mudah kepada peluang pendapatan. Sebagai pekerja bebas, rakan penghantar foodpanda boleh bekerja pada bila-bila masa berdasarkan keperluan masing-masing. Justeru, kempen ini menyediakan pilihan mudah kepada mereka yang ingin mencari pendapatan sementara, atau menambah pendapatan sedia ada.

Acara itu yang dihadiri oleh lebih 150 penduduk Pantai Dalam, menawarkan peluang eksklusif kepada para pengunjung untuk mendaftar sebagai rakan penghantar foodpanda dan menerima ID mereka serta-merta. Selain itu, mereka yang mendaftar juga menerima latihan pada hari yang sama dan kit rider percuma yang bernilai sehingga RM150. Ini membolehkan mereka memulakan kerja penghantaran dengan segera, tanpa perlu melalui proses permohonan biasa yang mengambil 2 hingga 3 hari bekerja.

Pada sebelah petang, beraneka makanan dan satu siri aktiviti, termasuk pemeriksaan kesihatan dan mata percuma telah disediakan buat para pengunjung. Selain itu, mereka juga dimaklumkan tentang inisiatif kebajikan dan penglibatan di bawah ‘panda hearts’, program yang dilancarkan baru-baru ini bagi menyokong rakan penghantar dalam aspek-aspek penting yang diutamakan mereka. Manfaat berkenaan juga merangkumi skim insurans yang tersedia untuk semua rakan penghantar foodpanda dan keluarga mereka, serta pelbagai program peningkatan kemahiran.

Pengarah Operasi foodpanda Malaysia, Shubham Saran, berkata: “Sebagai platform penghantaran terkemuka di Malaysia, kami mengiktiraf peranan penting yang kami mainkan dalam menyokong komuniti kami dan menawarkan peluang pendapatan yang mudah. Kami menghargai sokongan rakan kongsi kami, yang telah membantu kami mendampingi lebih ramai rakyat dan mencetuskan impak yang lebih besar di seluruh Malaysia.”

“Sokongan kami untuk komuniti bukan sekadar menawarkan peluang pendapatan. Sebagai rakan penghantar foodpanda, mereka akan meraih manfaat daripada inisiatif kebajikan dan penglibatan di bawah ‘panda hearts’, sekali gus membantu mereka menghampiri matlamat dan aspirasi hidup mereka,” tambah Shubham.

Comments

Popular posts from this blog

PROGRAM FAMTRIP MAJESTIC JOHOR BERSAMA MEDIA SEMPENA VISIT JOHOR 2026 (13 – 16 OKTOBER 2025 /JB – KOTA TINGGI – MERSING)

TEAL ASIA DAN WATSONS MALAYSIA BERGANDING BAHU SEMPENA HARI PENGHAPUSAN KANSER SERVIKS SEDUNIA WHO — GERAKAN HARAPAN, KETABAHAN DAN TINDAKAN

TIKTOK SHOP TINGKATKAN PERLINDUNGAN HARTA INTELEK UNTUK PMKS MENJELANG 11.11, PERTUMBUHAN 200% TAHUN KE TAHUN BAGI JENAMA DI TIKTOK MALL