MAGNUM MENGAMBIL ALIH PENTAS PERAGAAN MINGGU FESYEN KUALA LUMPUR 2024 BERSAMA DUA PEREKA TEMPATAN SHALS DAN TACT
Jenama aiskrim terkenal, Magnum meraikan kerjasama sulungnya bersama Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) dengan menampilkan hasil karya daripada dua jenama tempatan SHALS dan Tact yang berinspirasikan kelazatan aiskrim Magnum, sekali gus menyatukan kenikmatan dengan fesyen secara sempurna.
Penampilan sulung Magnum di pentas peragaan melambangkan sambutan kreativiti, keanggunan dan pencarian kenikmatan sebenar. Kolaborasi dengan pereka tempatan SHALS dan Tact menyerlahkan gabungan sempurna antara ‘glamor’ dengan nikmat kemewahan, selaras dengan semangat aiskrim Magnum untuk mencipta pengalaman terunggul.
“Di Magnum, kami sentiasa menyampaikan pengalaman sensasi yang memecah sempadan untuk menawarkan kenikmatan sebenar. Kami sangat teruja untuk membawa kerjasama sulung bersama KLFW ini kepada pencari kenikmatan di Malaysia. Pertemuan antara Magnum dengan fesyen ini adalah penyatuan sempurna antara kenikmatan dan gaya,” kata Pengurus Jenama Ais Krim Magnum Malaysia, Leow Chi Shen.
“Bagi kami, kolaborasi ini adalah satu perjalanan semangat dan inovasi,” kongsi Pengasas SHALS, Shalma Ainaa yang terkenal dengan rekaannya yang selesa, anggun dan bergaya. “Penerapan semangat Magnum ke dalam fesyen adalah satu pengalaman yang sangat mengujakan, kerana ia mendorong kami untuk meneroka dimensi baharu yang mengangkat gaya dan kenikmatan.”
Pengasas Tact, Ridduan Ttfga Ismail yang terkenal dengan pendekatannya yang minimalis turut berkongsi sentimen yang sama. “Dedikasi Magnum terhadap kenikmatan adalah sejajar dengan falsafah reka bentuk kami. Jadi, saya amat berbesar hati untuk menterjemahkan semangat kembara jenama itu kepada fesyen,” kata beliau.
“Kerjasama ini mewakili kreativiti dan kemewahan, dan saya berbangga untuk mempersembahkan inovasi terunggul ini dalam semangat fesyen dan kenikmatan. Kami di KLFW sentiasa meraikan kreativiti dan kesenian. Kini, kami teruja untuk menyampaikan pengalaman deria yang unik dan serasi dengan penonton kami, dengan menggabungkan dunia fesyen dengan nikmat kemewahan,” kata Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week, Andrew Tan.
Kolaborasi dengan KLFW juga melambangkan satu pencapaian penting untuk Magnum kerana ia bukan hanya menegaskan komitmen jenama itu terhadap pengalaman premium dan kualiti, tetapi juga dedikasi berterusan untuk menginspirasikan kreativiti dan keseronokan dalam setiap pengalaman, disemarakkan lagi oleh semangat “True to Pleasure”.
Bagi memeriahkan lagi acara itu, Magnum telah memperkenalkan perisa baharu, Magnum Mango Yoghurt Parfait yang bakal tiba di Malaysia lama lagi. Dengan menyatukan tekstur yogurt yang lemak berkrim dengan kemanisan tropika mangga, ia menawarkan pengalaman mewah yang mengujakan.
Comments
Post a Comment