MANIS PAHIT BERSAMA, MALAYSIA PALING BEST - BERSAMA MEDIA PRIMA BERHAD MERAIKAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2024


Demi menyemarakkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada negara, Media Prima Berhad dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran kempen ‘Manis Pahit Bersama, Malaysia Paling Best’ bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan yang ke 67 tahun, dan juga Hari Malaysia (HKHM) 2024 yang bakal menjelang tidak lama lagi. Kempen ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan rakyat Malaysia dengan meraikan warisan budaya dan kulinari negara yang kaya, sekaligus meneruskan kejayaan inisiatif tahun lalu.

Meraikan Kepelbagaian Warisan Budaya Malaysia

Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bukan sekadar meraikan kemerdekaan dan pembentukan negara kita tetapi juga sebagai simbol perpaduan budaya yang menyatukan kita semua. ‘Manis Pahit Bersama, Malaysia Paling Best’ bertujuan menyemarakkan rasa bangga dan perpaduan dalam kalangan rakyat, dari semua lapisan masyarakat. Kempen ini memberi peluang kepada jenama untuk berhubung dengan pengguna melalui semangat patriotisme dan warisan bersama yang menjadi identiti kita sebagai rakyat Malaysia.

Mengeratkan Hubungan Melalui Makanan Dan Budaya

Berikutan kejayaan kempen tahun 2023 yang memberi tumpuan kepada cinta terhadap kuih tempatan, edisi tahun ini membawa kita menyelami lebih dalam tentang warisan kulinari dan budaya Malaysia yang terbaik! ‘Manis Pahit Bersama, Malaysia Paling Best’ meneroka keunikan citarasa dan tradisi negara melalui eksplorasi yang menarik dan penuh warna. Rakyat Malaysia dijemput untuk berkongsi pengalaman “Paling Best” mereka, dengan memberi tumpuan kepada kepelbagaian jenis masakan yang lazat dan beraneka jenis di negara ini.

Kempen ini akan berakhir dengan sambutan Piknik Hari Malaysia yang bakal diadakan di Taman Botani Putrajaya, yang mana pertunjukan Makanan Paling Best Malaysia akan menjadi acara utama dalam suasana semangat kebangsaan yang penuh warna-warni.


Papar Keunikan Dan Kehebatan Masakan Malaysia

Satu lagi tarikan menarik dalam kempen ini adalah video khas Hari Kebangsaan yang merakam suara rakyat Malaysia menjawab soalan, 'Apa yang membuat Malaysia Paling Best?'. Video ini berfungsi sebagai naratif kolektif, mengingatkan kita tentang pelbagai sebab untuk berbangga dengan identiti kita sebagai rakyat Malaysia.

Selain itu, video Hari Malaysia akan menonjolkan makanan Paling Best Malaysia, menampilkan pertandingan santai antara hidangan ikonik seperti Nasi Lemak, Roti Canai, Char Kuey Teow, Satay, dan Teh Tarik. Video ini akan meneroka kisah di sebalik setiap hidangan, memaparkan kekayaan budaya makanan Malaysia, dan mengajak semua orang untuk menikmati kepelbagaian yang ada yang menjadikan masakan kita begitu istimewa dan unik.

Makanan Kegemaran Pilihan Malaysia

Bagi memeriahkan lagi sambutan terhadap kempen ‘Manis Pahit Bersama, Malaysia Paling Best’, rakyat Malaysia juga boleh melayari laman sesawang says.com/manispahitbersama untuk melibatkan diri dalam permainan interaktif yang telah disediakan. Salah satu tarikan utama ialah Tinjauan Makanan (Food Poll), yang mengajak semua rakyat memilih dan mengundi hidangan yang menurut mereka benar-benar mencerminkan budaya makanan Malaysia yang paling ikonik. Ayuh sertai kami dan kongsi pilihan anda dalam perdebatan menarik mengenai hidangan paling ikonik di Malaysia!

Selain itu, aktiviti media sosial #GengMakanan pula mengajak pencinta makanan untuk berkongsi gambar hidangan tempatan kegemaran mereka atau lokasi makanan yang paling disukai. Peserta boleh menghias gambar mereka dengan bingkai digital khas dan kongsikan di media sosial. Gambar terpilih akan dipaparkan di papan iklan digital sekitar Lembah Klang, dalam memperkenalkan warisan kulinari Malaysia kepada khalayak umum.

Acara Kemuncak: Piknik Hari Malaysia

Kemuncak kepada kempen ini adalah Piknik Hari Malaysia yang akan diadakan di Taman Botani Putrajaya pada 15 September, dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Acara ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia, makanan dan minuman berupa Nasi Lemak dan Teh Tarik disediakan secara percuma dan yang lebih menarik lagi, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan artis tempatan, aktiviti-aktiviti hiburan padang serta yang paling utama adalah berpeluang untuk menikmati hari minggu Ahad yang lebih santai di salah satu taman paling indah di Malaysia.

Liputan Kempen Yang Menyeluruh

Jangan lepaskan peluang dan sertai kemeriahan kempen ‘Manis Pahit Bersama, Malaysia Paling Best’! Layari laman sesawang kempen says.com/manispahitbersama untuk maklumat lanjut dan info terkini mengenai kuiz, peraduan, dan semua butiran mengenai Piknik Hari Malaysia. Kempen ini akan berlangsung daripada 12 Ogos hingga 16 September 2024. Jom pakat beramai-ramai untuk menyertai aktiviti dan pertandingan menarik yang pastinya menceriakan hari anda, hanya yang terbaik dari Malaysia.

Saksikan program-program khas Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di TV3, TV9, 8TV, NTV7, dan Tonton untuk menambahkan kemeriahan sambutan. Media Prima Berhad berbesar hati menyediakan platform bagi rakyat Malaysia untuk bersatu dan mempamerkan kebanggaan kita terhadap kekayaan warisan budaya.

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

SEBARKAN KASIH SAYANG DAN KEBAIKAN DENGAN VOLUNTOURISM