MAXIM BERKONGSI SEMANGAT KEMERDEKAAN DENGAN MENGEDARKAN 1000 JALUR GEMILANG
Bulan Kemerdekaan kembali, dengan slogan yang menarik “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka” yang melambangkan negara maju dan bergerak progresif. “Jiwa Merdeka” juga mempunyai makna tersendiri mengenai semangat, kesungguhan, kecintaan pada Hari Kemerdekaan.
Tahun ini ia merupakan tahun ketiga kempen berkongsi semangat kemerdekaan dengan rakyat Malaysia, di mana Maxim E-hailing menyediakan 1000 bendera percuma kepada rakan-pemandu. Pengedaran bendera akan melibatkan hamper semua bandar di Malaysia dimana Maxim akan mengutamakan rakan-pemandu yang mempunyai bilangan tempahan teratas dan prestasi baik. Mereka mesti meletakkan bendera di hadapan kereta mulai minggu pertama Ogos sehingga Hari Malaysia.
Ia adalah usaha berterusan daripada syarikat, untuk berkongsi aura positif dan juga semangat patriotism sepanjang adanya bendera tersebut. Jalur gemilang adalah identiti negara dan mengibarkannya dapat memberi impak besar kepada sentiment patriotik. Seperti kempen sebelum ini, di mana kami menerima banyak maklum balas positif daripada semua termasuk penumpang.
“Tahun ini saya datang awal untuk mengambil bendera dari pejabat Maxim, kerana saya tahu pihak pengurusan akan menyediakannya. Dengan memasang bendera, saya boleh berkongsi semangat patriotisme sepanjang perjalanan, di mana tahun lepas saya menerima banyak pujian daripada penumpang. Mereka berkata pada masa kini tidak semua orang mahu memasang bendera, tetapi Maxim melakukannya untuk berkongsi rasa cinta kepada negara ini” kata salah seorang rakan-pemandu
“Saya rasa menyediakan bendera kereta kepada pemandu kami adalah satu inisiatif yang sangat baik untuk meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia. Ia bukan sahaja mempamerkan patriotisme dan sokongan syarikat kami untuk acara kebangsaan tetapi juga memupuk rasa perpaduan dan kebanggaan di kalangan pemandu dan penumpang kami. Tambahan pula, inisiatif seperti ini menunjukkan komitmen kami terhadap tanggungjawab sosial dan penglibatan masyarakat, menunjukkan bahawa perkhidmatan e-hailing Maxim bukan sekadar perniagaan tetapi warga korporat yang bertanggungjawab” kata Pengarah Maxim Malaysia, Mohd Hazwan Musley.
Bukan itu sahaja, apabila tiba bulan Ogos pihak pengurusan Maxim turut tampil dengan rekaan khas jenama pelekat kereta dengan rekaan bendera Malaysia di hadapan bonet kereta. Ia sangat terhad dan hanya kereta yang dipasang pada bulan Ogos dan September layak mendapatnya. Pemasangan adalah percuma untuk rakan-pemandu dan mereka akan mendapat ganjaran bulanan untuk pemasangan.
Dengan peluang ini, Maxim E-hailing ingin mengambil kesempatan untuk menggalakkan semua orang menunjukkan sokongan terhadap kempen menaikkan bendera. Ia akan menjadi usaha berterusan kami bersama-sama dengan acara tahunan, untuk menunjukkan rasa cinta dan hormat kepada negara.
Comments
Post a Comment