PAMERAN GETHA SERLAHKAN KELESTARIAN MASA DEPAN PEMBUATAN PRODUK BARANGAN TIDUR BUATAN MALAYSIA


Dalam usaha berterusan untuk kelestarian dan pemuliharaan alam sekitar, Getha Bedding (M) Sdn. Bhd. (Getha) telah melancarkan Pameran Getha (Getha Roadshow) di pusat beli belah 1 Utama di sini, yang berlangsung dari 6 hingga 11 Ogos 2024.

Tilam baharu Victoria Park

Dengan lebih lima dekad kepakaran, Getha, yang diambil daripada perkataan Melayu “Getah,” telah memacu jenama tersebut sebagai peneraju dalam pembuatan tilam mewah dan mesra alam melalui penggunaan 100% getah asli. Setakat tahun ini, Malaysia merupakan antara pengeluar utama getah asli di peringkat global, menyumbang kira-kira 400,000 hingga 450,000 metrik tan setiap tahun. Getha memainkan peranan penting dalam industri ini dengan polisi mereka yang mementingkan penggunaan getah asli tempatan, sekali gus menyokong sektor getah di negara ini, menyumbang kepada pembangunan luar bandar, dan mempromosikan pengurusan ladang pokok getah yang mampan.

Tilam Baharu Golden Gate

Lim Seng Yu, Ketua Bahagian Perkongsian Strategiknya berkata, “Menggabungkan keselesaan dengan kelestarian adalah asas legasi kami. Sejak 1969, Getha komited untuk mencipta penyelesaian tilam yang bukan sahaja mewah tetapi juga bertanggungjawab terhadap alam sekitar, serta membantu sektor perladangan komoditi yang terlibat langsung dengan industri kami. Sebagai contoh, Getha memerlukan 1,000 pokok getah tempatan untuk menghasilkan sebuah tilam bersaiz king, yang membuktikan hubungan rapat dan sokongan kami terhadap industri getah. Dengan menggunakan 100% getah asli keluaran Malaysia, kami menyumbang kepada pengurusan lestari ladang pokok getah, memastikan kelangsungan dan pertumbuhan industri penting ini.”


Komitmen Getha terhadap kualiti dan kelestarian telah mendorong perluasan jenama tersebut ke lebih 30 buah negara, termasuk Australia, Korea Selatan, Thailand, Jepun, New Zealand, Arab Saudi, Sepanyol. Kehadiran jenama tersebut dalam skala global membolehkan Getha mempromosikan kepakaran pembuatan produk Malaysia dan hasil getah asli negara, sambil memperkukuhkan reputasi antarabangsa Malaysia dalam amalan kelestarian.


Sempena sambutan bulan kemerdekaan, Pameran Getha ini menawarkan peluang unik untuk orang ramai melihat dengan lebih dekat produk dan menjiwai warisan jenama ini. Pameran tersebut menampilkan pelbagai rangkaian produk Getha, yang dihasilkan dengan teliti dan mencerminkan kualiti dan perhatian yang luar biasa terhadap perincian yang sinonim dengan jenama ini.

Sebagai tarikan utama, Getha juga melancarkan barisan tilam baharu di pameran ini, termasuk 'Green Valley,' 'Golden Gate,' 'Boston Dream,' dan 'Victoria Park.' Setiap tilam menampilkan ciri-ciri inovatif seperti vegan, kalis api, infusi minyak zaitun, dan fabrik viskos untuk menambah keselesaan.

Tilam baharu Boston Dream

Selain itu, pameran selama enam hari ini turut menawarkan pelbagai aktiviti, termasuk lukisan karikatur, kawasan khas permainan kanak-kanak, sudut mewarna, gerai foto, dan mesin gashapon untuk hadiah cabutan bertuah. Promosi eksklusif seperti diskaun dan tawaran Bayar-dengan-Pembelian (PWP) turut tersedia, membolehkan pengunjung meneroka pelbagai produk, daripada tilam dan bantal hingga barangan bayi dan aksesori rumah.


Getha menjemput pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat untuk menyertai Getha Roadshow di 1 Utama Centre Court (New Wing) dari 6 hingga 11 Ogos 2024. Alami sendiri kemewahan dan inovasi produk terbarunya sambil menikmati pelbagai aktiviti interaktif dan promosi eksklusif.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Getha atau ikut Getha di laman media sosial berikut: Instagram (@gethabedding), Facebook dan YouTube (@Getha).

 

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA