REJURAN COSMETICS KINI DI WATSONS MALAYSIA, MEREVOLUSIKAN PENJAGAAN KULIT DENGAN FORMULASI SAINTIFIK TERMAJU

REJURAN Cosmetics, sebuah jenama terkemuka dalam penjagaan kulit, secara rasmi telah membuat penampilan sulungnya di Malaysia dalam Watsons Malaysia. Jenama penjagaan kulit bertaraf antarabangsa yang eksklusif dan efektif ini telah dilancarkan di Colony @ The MET Corporate Towers pada hari ini.

Daripada kiri: Henry Lau (Pengurus Besar Beauty Edge Pte. Ltd); Carrol Tan (Ketua Perdagangan Watsons Malaysia); Tan Joy See (Pengarah Komersial Beauty Edge Sdn. Bhd); Datin Dr. Chandini Ramakrishnan (Doktor Estetik); Ung Yu Meng (Ketua Pegawai Pelaburan TRITERRA); Richard Khoo (Ketua Pegawai Operasi TRITERRA)

Acara ini menampilkan Datin Dr. Chandini Ramakrishnan, Doktor Estetik, yang telah berkongsi mengenai sejarah jenama, inovasi terkini dan manfaat transformasi REJURAN Cosmetics, serta misi utamanya untuk memberikan penyelesaian penjagaan kulit yang luar biasa kepada rakyat Malaysia.

Datin Dr. Chandini Ramakrishnan

Ditubuhkan pada 2014, selepas beberapa dekad penyelidikan bahan-bahan penyembuhan kulit dan anti-penuaan, REJURAN Cosmetics telah mendapat pengiktirafan global untuk penggunaan teknologi Polynucleotide (PN), yang fokus kepada penjanaan semula sel dan peremajaan kulit, membolehkan pengguna mendapatkan semula - ‘REclaim’ - kisah kulit mereka dengan hasil yang optimum. Barisan produk penjagaan kulit yang melonjakkan REJURAN termasuk produk REJURAN Dual Effect Ampoule dan REJURAN Turnover Active Cream, yang terkenal dengan keupayaan untuk mengubah dan meremajakan kulit.

Rangkaian produk penuh REJURAN Cosmetics termasuk:

● REJURAN Dual Effect Ampoule: Ampul penambahbaik kedutan dan pelembap khas yang dilengkapi dengan teknologi DOT™ c-PDRN REJURAN. Ia membantu dengan 6 jenis kedutan dalam dan mencipta kulit yang berseri.

● REJURAN Turnover Active Cream: Krim penjagaan penuaan yang dilengkapi dengan teknologi DOT™ c-PDRN REJURAN. Krim ini membuatkan kulit berseri dengan minyak berkilat tinggi dan kelembapan air.

● REJURAN Moisture Bubble Cleansing Water: Air pembersih lembut dengan surfaktan berasaskan tumbuhan untuk membersihkan dan melembabkan kulit tanpa kerengsaan walaupun selepas pembersihan.

● REJURAN Moisture Treatment Essence: Pati yang menenangkan dan menambah kelembapan pada kulit yang kering dan lemah, serta menjadikannya lebih sihat melalui c-PDRN, PDRx dan komponen penghalang kulit.

● REJURAN Moisture Treatment Ampoule: Ampul yang menenangkan dan melembapkan kulit secara intensif untuk kulit yang kering dan lemah akibat rangsangan luar.

● REJURAN Moisture Cream: Krim yang menenangkan dan melembapkan kulit untuk menguatkan kulit kering dan lemah dengan komponen c-PDRN, PDRx dan komponen penghalang kulit.

● REJURAN Moisture Treatment Mask: Topeng muka yang menenangkan dan melembapkan kulit, serta menguatkan kelembapan komponen penghalang kulit yang kering dan lemah akibat rangsangan luar.

Rangkaian produk REJURAN Cosmetics

Henry Lau, Pengurus Besar Beauty Edge Pte. Ltd. berkata, “Penyertaan REJURAN Cosmetics dalam pasaran Malaysia merupakan pengembangan strategik yang bertujuan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian penjagaan kulit yang canggih. Produk kosmetik REJURAN dibangunkan dengan teliti untuk memenuhi keperluan peremajaan kulit dan pembaikan komponen penghalang kulit. Dengan penampilan sulung rasmi REJURAN Cosmetics di Watsons Malaysia, pengguna kini dapat menikmati kulit yang semakin muda dan sihat dari keselesaan rumah mereka sendiri. Tambahan pula, kerjasama kami dengan The MET Corporate Towers selaras dengan nilai-nilai kecemerlangan dan kemewahan yang dikongsi bersama, memberikan pengalaman yang lebih bermakna kepada pelanggan sedia ada dan akan datang.”

Henry Lau, Pengurus Besar Beauty Edge Pte. Ltd

“Visi kami untuk The MET Corporate Towers adalah untuk mewujudkan destinasi korporat dan runcit bertaraf dunia. Kerjasama kami dengan REJURAN Cosmetics telah meningkatkan penawaran produk dan servis berasaskan gaya hidup kami melalui penyelesaian penjagaan kulit terkini untuk komuniti kami. Kolaborasi ini turut mempamerkan komitmen kami untuk mewujudkan komuniti yang ceria dan bertenaga di Mont Kiara dan Kuala Lumpur melalui ‘3rd Space’ kami – yang akan menawarkan ruang “rumah kedua” untuk komuniti setempat, dengan menggabungkan keseimbangan ideal antara perkhidmatan komuniti dan perniagaan mewah,” kata Ung Yu Meng, Ketua Pegawai Pelaburan Triterra Metropolis Sdn. Bhd.

Ung Yu Meng, Ketua Pegawai Pelaburan TRITERRA

The Met Corporate Towers, yang dilancarkan pada bulan September 2023, menawarkan pelbagai kemudahan bertaraf dunia, dari pusat latihan yang diakreditasi Hammer Strength - yang kelima di Malaysia - Anytime Fitness, tempat untuk peminat kopi di % Arabica (yang menampilkan Kios Precht khasnya), hingga ruang acara eksklusif di Colony Coworking & Event Space. Dengan Atlas Super Bar, Arbell Parc & Sol oleh Olive Tree Group yang bakal dibuka di The MET Corporate Towers dalam masa terdekat. Penyewa dan pengunjung boleh bersama-sama menikmati gaya hidup yang luar biasa dan pengalaman yang berkekalan.

Ketersediaan Produk

Produk REJURAN Cosmetics boleh dibeli di cawangan Watsons Malaysia terpilih di seluruh negara, Watsons Online, serta kedai rasmi REJURAN Cosmetics MY di Shopee dan Lazada.

Untuk maklumat lanjut mengenai REJURAN Cosmetics, pastikan anda mengikuti saluran sosial rasmi:


3rd Space by Triterra

REJURAN Cosmetics


Comments

Popular posts from this blog

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KENALI ISMAIL ZAIN DALAM PAMERAN “MEMBAYANG MAKSUD”

PONTIANAK 200KG - FILEM KOMEDI PALING BERAT ABAD INI BAKAL MENGGIGIT DI PAWAGAM MULAI 5 SEPTEMBER