RIZAL RASHID KEMBALI DENGAN SINGLE POP TERBAHARU BERCERITA PERIHAL ‘TARIKH LUPUT’ DALAM PERHUBUNGAN


Baharu sahaja pulang dari membuat persembahan di acara ASEAN-Korea Music Festival 2024 (Round Festival) yang bertempat di Busan, Korea Selatan, penyanyi kacak asal Brunei, Rizal Rasid kembali dengan single pop rancak terbaharu berjudul ‘Tarikh Luput’ yang turut menampilkan penyanyi berbakat Tish Errda, ciptaan Amzar Razqa, Sabbala, Mekar dan Tish Errda sendiri, dan diterbitkan oleh label rakaman terkenal tanah air, Warner Music Malaysia.

Kali terakhir Rizal muncul dengan single terbaharu hampir setahun yang lalu, katanya, “Walaupun sudah lama tidak muncul dengan mana-mana single, saya masih lagi aktif menyanyi di majlis tertutup, persembahan korporat dan di beberapa buah universiti.

Ditanya mengenai single terbaharu Rizal, lagu ini mempunyai maksud yang ringkas, jelasnya, “Dalam setiap perhubungan pasti akan ada ‘expiry date’ dan hanya menunggu masa untuk tarikh luputnya.


Bagi single ‘Tarikh Luput’, Rizal mencuba sesuatu yang baharu dalam nuansa melodi yang tidak pernah dibawakan sebelum ini iaitu lagu pop urban rancak dengan elemen R&B, katanya lagi, “Sebenarnya saya pernah menyanyikan lagu-lagu rancak sebelum ini, tetapi bukanlah lagu saya sendiri, dan single ini merupakan single saya sendiri yang pertama dengan rentak dansa.

“Sejujurnya saya suka mencuba sesuatu yang baharu, dan sebagai seorang anak seni, kita perlu berani untuk bereksperimentasi supaya dapat berkembang sebagai seorang penghibur.

“Memandangkan lagu ini lagu yang rancak dengan rentak yang pantas, saya ingin cuba menyanyi sambil menari apabila membawakan lagu ini di atas pentas nanti.

Selain Rizal, komposer bersama, Tish Errda turut berduet dalam single ‘Tarikh Luput’ ini, katanya, “Tish mempunyai keistimewaan vokal yang tersendiri, tona suaranya sedap serta lembut didengar, dan berpadanan dengan vokal saya, maka saya mengambil keputusan untuk menjadikannya rakan duet saya dalam lagu ini.

“Memandangkan kami berdua berasal dari negara seberang iaitu Brunei Darussalam dan juga Singapura, saya rasakan gabungan kami berdua ini agak unik.

Single ‘Tarikh Luput’ yang telah pun dilancarkan turut memaparkan sebuah muzik video (MV) dengan konsep urban dan moden, dengan paparan busana fesyen terkini dan penataan cahaya yang menarik.

“Saya berharap agar lagu ini dapat diterima ramai terutamanya golongan muda kerana maksudnya yang ringkas dengan melodi yang rancak dan menghiburkan, semoga lagu ini dapat melonjakkan lagi nama saya di serata Asia seperti Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia dan negara-negara di sekitarnya,” akhiri Rizal penuh pengharapan.


Lagu ‘Tarikh Luput’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, KKBox, Deezer, Apple Music serta YouTube Music.

Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran khas YouTube Warner Music Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

SEBARKAN KASIH SAYANG DAN KEBAIKAN DENGAN VOLUNTOURISM