EKSPO PRODUK E-DAGANG TERPILIH MALAYSIA YANG PERTAMA 2024 BAKAL DIADAKAN DI MITEC PADA NOVEMBER INI

Sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China, Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia 2024 yang pertama akan diadakan dari 29 November hingga 1 Disember di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), sebuah tempat pameran perdagangan terbesar di Malaysia. Anjuran bersama oleh Malaysia Guangdong Chamber of Commerce (MGCC) dan dihoskan oleh JMM Exhibition, ekspo itu bertujuan menyediakan platform untuk peniaga dan pengguna tempatan untuk terus berhubung dengan pengeluar China, seterusnya mengukuhkan hubungan perdagangan dua hala.

Gambar (dari kiri): Ho Wing Pong Im Yoke Foon Chan Yunn Horng Ellison Yang Yi Ming Dato' Tang Zhi Nian Dato' Sri Foo Yong Hing 

 Mengangkat Perdagangan Dua Hala Malaysia-China ke Puncak Baharu


“2024 mencatatkan sejarah penting dalam hubungan Malaysia-China. Pada separuh pertama tahun ini, perdagangan dua hala telah mencecah $100.232 billion, mencerminkan peningkatan sebanyak 10.6% berbanding tahun sebelumnya dan ini secara langsungnya menggambarkan hubungan yang semakin erat antara hubungan dua negara ini,” kata Ellison Yang, Pengasas JMM Holding. “China telah menjadi rakan dagang terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut, dan dasar bebas visa baru-baru ini telah meningkatkan lagi pertukaran budaya dan komersial antara negara kita.”
Mempamerkan Lebih 200 Jenama China: Hab Perolehan Sehenti

Menurut Yang, ekspo ini disokong oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC),Persatuan Pemborong Malaysia (PPM),Junior Chamber International Kuala Lumpur (JCI), SOMO Group dan banyak lagi organisasi lain, akan mengetengahkan lebih 200 jenama dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terkemuka dari China merentasi pelbagai sektor, termasuk tenaga baharu (PV solar (photovoltaics), stor tenaga, cerucuk pengecasan, dll.), lampu, peralatan domestik dan produk rumah pintar. Ekspo ini pastinya akan menyediakan pengalaman pembelian yang komprehensif sama ada untuk pengusaha perniagaan tempatan yang mencari pesanan pukal, serta pengguna runcit yang meneroka pelbagai jenis produk.

Akses Terus kepada Pengilang China: Kos Terendah, Memaksimumkan Keuntungan

Dengan pertumbuhan pesat e-dagang dan beli-belah secara dalam talian sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia 2024 memberikan kemudahan yang amat dinanti-nantikan untuk peniaga dan pembeli tempatan. "Ekspo ini akan menumpukan pada teknologi maju dalam sektor elektronik China, terutamanya produk tenaga baharu—seperti PV solar, penyimpan tenaga dan longgokan pengecasan—mempercepatkan peralihan teknologi hijau dalam produk elektronik, termasuk lampu dan peralatan domestik," kata Yang. Ekspo itu membolehkan peniaga di Malaysia berhubung terus dengan jenama dan pembekal China, dengan mengecualikan kos orang tengah dan mengurangkan yuran logistik untuk meningkatkan margin keuntungan. Pengguna runcit juga akan mendapat manfaat daripada penghantaran kilang terus, membolehkan mereka membeli produk berkualiti tinggi pada kos lebih rendah tanpa menanggung caj platform tambahan.
Memperluas Kerjasama Malaysia-China ke Pasaran ASEAN

“Lokasi Malaysia yang strategik berlandaskan dengan keupayaan berbilang bahasa, serta kepelbagaian budaya menjadikan negara kita sebagai pusat serantau yang strategik dan ideal untuk syarikat China memasuki pasaran Asia Tenggara. Dengan kepakaran pengeluaran dan harga kompetitif perniagaan China, kerjasama ini akan meningkatkan penembusan pasaran dengan ketara di seluruh ASEAN,” tambah Yang. Penganjur giat mempromosikan ekspo ini di seluruh Asia Tenggara untuk menarik lebih ramai pemain industri utama dan memacu pertumbuhan ekonomi serantau melalui kerjasama perdagangan Malaysia-China yang dipertingkatkan.

Menjangkakan 15,000 Pelawat dan RM60 Juta dalam Transaksi Perdagangan

JMM Exhibition mengunjurkan Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia 2024 yang pertama kali diadakan akan menarik lebih 15,000 pengunjung dan menjana transaksi sebanyak RM60 juta dalam urus niaga perdagangan, menandakan lagi pencapaian baru dalam sejarah hubungan perdagangan Malaysia-China. Acara tiga hari itu adalah percuma untuk semua pengusaha perniagaan dan pembeli, dan adalah dialu-alukan supaya semua peserta dapat meneroka peluang baharu dan menyaksikan perkembangan landskap e-dagang Malaysia-China baharu ini.

Photo (from left) Ho Wing Pong, Im Yoke Foon, Ellison Yang Yi Ming, Chan Yoke Chong, Dato' Tang Zhi Nian, Dato' Sri Foo Yong Hing, Chan Yunn Horng, Chang Calvin, Ng Chin Long

mSidang Media hari ini turut dihadiri oleh Presiden Malaysia Guangdong Chamber of Commerce (MGCC) - Dato' Tang Zhi Nian serta Naib Presiden Dato' Sri Foo Yong Hing.

Untuk maklumat terkini mengenai Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia 2024, sila nantikan:

Talian Khidmat Pelanggan: +6012-854 2238

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KULIT LEBIH CERAH DAN LEBIH DILINDUNGI DENGAN PELINDUNG MATAHARI SAFI PERFECT WHITE 3X ADVANCE BRIGHTENING SPF 50+ PA ++++ YANG BAHARU

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3