REXONA LANCAR KOLEKSI WANGIAN PERMIUM BAHARU - REXONA VITAMIN+BRIGHT PEACH GLOW DAN REXONA VITAMIN+BRIGHT BERRY GLOW


Rexona memperkenalkan inovasi terkini mereka dalam penjagaan diri, Koleksi Wangian Premium BAHARU Rexona, yang merangkumi Rexona Vitamin+Bright Peach Glow dan Rexona Vitamin+Bright Berry Glow. Diinspirasikan oleh wangian bertaraf dunia seperti Luscious Berry dan Summer Peach, koleksi baharu premium Rexona mengubah rutin penjagaan bawah lengan anda dengan haruman yang memikat, memastikan anda kekal wangi dengan kulit yang cerah dan berseri sepanjang hari. Direka untuk menyerikan janji temu dan detik indah anda sepanjang hari, Koleksi Wangian Premium BAHARU Rexona akan menambah sentuhan pesona dan glamor kepada si pemakai.

Sempena pelancaran deodoran dwi manfaatnya yang pertama, Rexona memperkenalkan gabungan haruman dan pencerahan yang sangat dinanti-nantikan. Koleksi deodoran berinovatif ini direka dan dirumus khas bagi menyerlahkan seri bahagian bawah lengan anda dengan haruman dan kecerahan. Kini didatangkan dengan 70X Vitamin C dan Niasinamida, Koleksi Wangian Premium BAHARU Rexona terbukti secara klinikal mampu mencerahkan bawah lengan dalam 4 hari dengan mengurangkan tanda-tanda hitam pada bawah lengan.


Membawa rutin penjagaan diri ke satu tahap yang lebih tinggi, Koleksi Wangian Premium BAHARU Rexona kini memperkenalkan roll-on kaca serba mewah yang direka khusus bagi memberikan aplikasi yang licin dan jitu, memastikan pengalaman yang anggun selesa setiap kali digunakan. Boleh didapati dalam bentuk roll-on atau semburan, kedua-dua pilihan ini pasti menyerikan rutin harian anda, menjadikan tugasan mudah sebagai ritual pemanjaan dan penjagaan diri.


Sertai Rexona pada 30 September di Starhill KL untuk acara Scent & Glow Express Rexona! Dari 11:00 pagi hingga 10:00 malam, alami dwi manfaat haruman bertaraf dunia dan kuasa pencerahan, di mana anda berpeluang untuk mencuba koleksi wangian terkini Rexona, menyertai pelbagai aktiviti menarik dan membawa pulang pelbagai hadiah hebat yang disediakan. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hari yang penuh dengan pemanjaan diri, kejutan, dan detik yang tidak dapat dilupakan.

Koleksi Wangian Premium BAHARU Rexona adalah teman yang sempurna untuk janji temu sepanjang hari, menyemarakkan rasa #LoveAtFirstScent ketika bersama yang orang tersayang. Sama ada untuk makan tengah hari kasual atau keluar malam, Rexona mahu anda sentiasa berasa dan berbau segar sepanjang hari. Cuba Koleksi Wangian Premium BAHARU Rexona hari ini dan alami dwi manfaat haruman memikat bertaraf dunia dan keserian sepanjang hari!

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Koleksi Wangian Premium BAHARU Rexona, sila kunjungi www.Rexona.com/my atau ikuti media sosial kami di @rexonamalaysia.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KULIT LEBIH CERAH DAN LEBIH DILINDUNGI DENGAN PELINDUNG MATAHARI SAFI PERFECT WHITE 3X ADVANCE BRIGHTENING SPF 50+ PA ++++ YANG BAHARU

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3