RTM BAWAKAN PROGRAM-PROGRAM MENARIK SEMPENA MAULIDUR RASUL


Maulidur Rasul merupakan hari yang sangat bermakna bagi umat Islam bagi memperingati hari kelahiran Rasulullah SAW. Sambutan Maulidur Rasul merupakan antara amalan yang lazimnya diraikan sebagai salah satu usaha untuk mendidik dan mengingati baginda junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Tahun ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak seluruh umat Islam bersama-sama menyaksikan Siaran Langsung Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024M bertemakan “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani” pada 16 September, bermula pukul 9.00 pagi dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran TV1 dan penstriman langsung di RTMKlik.

Turut disiarkan tiga buah telemovie khas dengan plot kisah berbeza namun dengan matlamat sama mengajak seluruh umat Islam mendalami dan menghayati sambutan istimewa ini. Apatahlagi drama-drama ini menampilkan barisan pelakon dikenali ramai.

TELEMOVIE: “HIDUP DAN MATIKU (14 SEPTEMBER I 1.30 TENGAHARI I TV1)

Latar cerita tentang Datuk Mazlan, Datin Jasmina dan anaknya, Nor Zara yang baru sahaja memeluk agama Islam. Namun begitu, Zara menghadapi masalah untuk menjalani cara hidup Islam kerana dia memeluk Islam bersebab. Datuk Mazlan dan Datin Jasmina ingin menunaikan umrah. Mereka juga sebenarnya sedang membuat kajian tentang projek Peta Dakwah di Kaherah. Tercapaikah hasrat Datuk Mazlan dan Datin Jasmina? Apakah yang terjadi dengan projek Peta Dakwah? Bagaimana pula dengan kehidupan Zara?

Pelakon: Adeline Tsen, Amar Asyraff, Adam Corrie Lee Abdullah, Catriona Ross, dan Ryzal Jaafar.



TELEMOVIE: “NUR MUHAMMAD” (15 SEPTEMBER I 10.00 MALAM I OKEY)

Mengisahkan sepasang suami isteri yang telah 29 tahun mendirikan rumah tangga dikejutkan dengan berita si isteri hamil lima bulan disaat isterinya hendak memulakan persaraannya. Pelbagai persoalan bermain dimindanya bagaikan mimpi ngeri. Mampukah isterinya melahirkan anaknya. Berbagai cabaran terpaksa mereka hadapi empat bulan sebelum kelahiran antaranya sifat cemburu dan buruk sangka terhadap suaminya dengan doktor yang merawatnya.

Pelakon: Mustapha Kamal, Aida Khalida, Mustaqim Bahadon, Reen Rahim, dan Hamidah Wahab.


TELEMOVIE: “LAFAZ TERINDAH” (16 SEPTEMBER I 11.15 PAGI I TV1)

Menyiarkan kisah tentang watak utama Angie yang beragama Kristian mula mempelajari agama Islam. Hatinya terbuka untuk mendalami Islam bermula setelah melihat Ustaz Razif mengajar murid-murid di kelas. Perkara tersebut disedari oleh Azman, rakan sekerjanya. Azman terdetik hati untuk memberi bantuan tunjuk ajar mengenai agama Islam hingga Angie akhirnya diberi hidayah memeluk agama Islam atas bantuan lelaki itu. Akhirnya Angie berkahwin dengan Azman setelah isteri Azman, Suzanna mengizinkannya.

Pelakon: Zahiril Adzim, Nadiya Nisaa dan Daniella Sya.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KULIT LEBIH CERAH DAN LEBIH DILINDUNGI DENGAN PELINDUNG MATAHARI SAFI PERFECT WHITE 3X ADVANCE BRIGHTENING SPF 50+ PA ++++ YANG BAHARU