PUMA PERKENAL SESI LIBAT URUS KOMUNITI DI PUMA SUNWAY PYRAMID
Mengikuti komitmennya untuk menyokong dan memberi kembali kepada komuniti, PUMA Malaysia telah memulakan inisiatif PUMA Live dengan bengkel sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara di PUMA Sunway Flagship Store.
PUMA LIVE: Hidupkan Hidup Anda dengan PUMA
PUMA Live adalah inisiatif oleh jenama sukan global untuk melibatkan komuniti dalam pelbagai program beermanfaat di gedung perdana PUMA seluas 12,000 kaki persegi, yang terbesar di Asia!
Sempena meraikan pelancaran rasmi pada bulan September awal tahun ini, jenama ini melaksanakan aktiviti khas PUMAthon, inisiatif CSR yang didorong oleh komuniti yang berirkar untuk menyumbang RM10 kepada Care2Run untuk setiap 100 meter yang dicapai dalam larian. Kempen ini berjaya mengumpul RM40,000 untuk organisasi bukan berasaskan keuntungan tersebut.
Memulakan acara PUMA Live pertama bulan ini, PUMA dengan kerjasama dengan Cancer Research Malaysia telah membawakan satu sesi perkongsian tentang kepentingan dan teknik pengesanan awal gejala kanser payudara. Selain itu, peserta juga berpeluang untuk mencuba sendiri sesi tufting interaktif yang menarik sebagai tanda sokongan kepada usaha bermakna ini.
PUMA sentiasa mengutamakan penglibatan komuniti, dan ruang PUMA Live yang baru ini menjanjikan pelbagai acara bulanan yang menarik, dari aktiviti CSR hingga pengalaman interaktif kepada para pengunjung.
“Kami berhasrat untuk terus melibatkan komuniti kami melalui acara seperti ini. Matlamat kami adalah untuk menggunakan ruang gedung perdana baru ini sebagai pusat komuniti – tempat yang bukan sahaja menawarkan koleksi pakaian sukan eksklusif dan pengalaman membeli-belah yang canggih tetapi juga untuk memupuk semangat komuniti dan mewujudkan ruang untuk kesihatan dan kesejahteraan. Kami teruja untuk melancarkan siri acara ini bermula dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara, menekankan penglibatan berterusan kami dengan komuniti Malaysia,” kata Eleanor Wang, Pengarah Pemasaran, PUMA SEA.
“Kami sangat berterima kasih kepada PUMA atas peluang ini untuk bekerjasama sekali lagi. Komitmen mereka terhadap penglibatan komuniti membolehkan kami memperkuat mesej kami dan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pengesanan awal dalam perjuangan melawan kanser payudara. Bersama-sama, kita dapat memberikan impak yang bermakna, menyokong mereka yang terkesan dan memperkasakan individu untuk mengutamakan kesihatan mereka.” – Cancer Research Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai PUMA Flagship Store dan acara PUMA Live yang akan datang, ikuti kami di Instagram di @PUMA.Malaysia! @PUMA.Malaysia #PUMALive #PUMAMY #PUMALiveYourLife
Comments
Post a Comment