EVA MEI @MISSPOPSASA KEMBALI SEBAGAI CHIEF EXPERIENCE OFFICER (CEO) RESORTS WORLD GENTING, MEMIMPIN KESERONOKAN PERCUTIAN KELUARGA!


Resorts World Genting (RWG) mengumumkan bahawa Eva Mei @misspopsasa, bintang kanak-kanak berusia lima tahun, akan kembali memegang peranan sebagai Ketua Pegawai Pengalaman resort ini berikutan peningkatan popularitinya. Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan RWG untuk memperkenalkan fasa baharu dalam kempen CEO yang telah memenangi pelbagai anugerah!

Kempen CEO RWG iaitu A Destination Verified by Kids, For Kids memperkenalkan pendekatan yang unik dan menarik dengan menampilkan pelbagai tarikan di dalam resort melalui perspektif seorang kanak-kanak. Inisiatif ini bertujuan untuk memperkukuh kedudukan resort sebagai destinasi percutian keluarga yang mesra kanak-kanak serta pilihan utama bagi ibu bapa. Dimulakan pada tahun lepas, kempen ini telah meraih pengiktirafan hebat, termasuk memenangi anugerah untuk penggunaan media sosial terbaik dalam pelbagai kategori daripada Appies, MARKies, MDA, dan Dragon’s Asia.

“Keputusan kami untuk mengekalkan Eva Mei @misspopsasa sebagai CEO adalah kerana keceriaan dan semangat beliau yang sangat sesuai dengan segmen percutian kanak-kanak. Kami yakin bahawa di bawah kepimpinan Eva, keseronokan untuk keluarga akan terus berkembang!” kata Spencer Lee, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran & Perhubungan Awam.

Eva yang penuh ceria dan bertenaga telah mengadakan pertemuan, temubual, serta kajian pasaran bersama Lembaga Pengarah Kanak-Kanak untuk merangka pakej Chief Experience Officer (CEO) terbaru di resort ini. Usaha ini bertujuan untuk mencipta detik-detik bermakna dan kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi setiap keluarga yang berkunjung.


Pakej CEO eksklusif dari RWG menawarkan pengalaman percutian yang lengkap dengan menggabungkan empat elemen utama iaitu penginapan, permainan, makan, dan membeli-belah. Pakej ini direka khas untuk kanak-kanak dan ibu bapa, menyediakan pengalaman yang menyeluruh dan sesuai dengan keperluan setiap keluarga. Visi Eva adalah untuk memastikan setiap percutian keluarga memberi tumpuan kepada keseronokan dan penglibatan kanak-kanak, sambil memberi ruang kepada ibu bapa untuk menikmati percutian yang bebas daripada tekanan.

Kerjasama Kreatif antara RWG dan Jobstreet by SEEK

RWG telah bekerjasama dengan Jobstreet by SEEK, platform kerjaya terkemuka di Malaysia, untuk memilih TIGA keluarga yang akan berperanan sebagai penilai utama bagi pakej CEO. Kerjasama ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas yang berharga bagi meningkatkan kualiti tawaran tersebut.

Sertai keseronokan ini dengan berkongsi cerita mengapa anak-anak anda pasti menyukai RWG di ruang komuniti aplikasi Jobstreet. Pemenang bertuah akan menerima pengalaman eksklusif pakej CEO baharu yang ditaja sepenuhnya!

“JobStreet by SEEK komited membantu rakyat Malaysia menikmati kehidupan kerja yang produktif dan bermakna. Melalui kerjasama strategik bersama Resorts World Genting, misi ini diperluaskan ke luar ruang pekerjaan untuk meraikan keseimbangan dan kegembiraan dalam kehidupan. Lebih membanggakan, bakat muda seperti Eva @misspopsasa berjaya tampil sebagai CEO dengan keyakinan dan kreativiti yang tinggi. Siapa kata bekerja tidak boleh menjadi pengalaman yang menyeronokkan?” ujar Sammy Chan, Ketua Pemasaran Malaysia, JobStreet by SEEK.

Klook – Pakar Keseronokan Seisi Keluarga

RWG telah menjalin kerjasama bersama Klook Malaysia, platform terkenal di Asia untuk pengalaman dan perkhidmatan pelancongan, bagi menyokong pelancaran tawaran terbaharunya. Dengan kepakaran dalam menyediakan pengalaman percutian mesra keluarga, Klook akan memanfaatkan platform luasnya untuk menarik perhatian ibu bapa di seluruh rantau ini.

"Klook amat teruja untuk menjalin kerjasama dengan Resorts World Genting dalam kempen CEO, yang selaras dengan matlamat kami untuk mencipta pengalaman keluarga yang penuh kenangan. Inisiatif ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memimpin pengembaraan mereka sendiri, sambil memberikan ibu bapa peluang untuk menikmati percutian yang menyeronokkan dan mudah," ujar Sarah Wan, Pengurus Besar Klook untuk Singapura, Indonesia, dan Malaysia.

Pakej CEO RWG akan dipaparkan di laman web rasmi resort dan Klook, dengan kerjasama penerbit kandungan pelancongan untuk mempamerkan detik-detik percutian yang penuh makna.

“Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan Klook, Jobstreet by SEEK, serta Eva bagi memberikan peluang kepada kanak-kanak dan ibu bapa menikmati pengalaman di resort bertaraf dunia, sambil memfokuskan pada percutian kanak-kanak dan aktiviti keluarga pada tahun 2025! Kami bertekad untuk terus memperkukuhkan kedudukan kami sebagai destinasi utama percutian keluarga di negara ini, serta perintis dalam menawarkan pengalaman yang penuh kegembiraan, penjelajahan, dan pengembaraan!” kata Lee.

Alami Keseronokan dengan Pakej CEO dari RWG!

Ibu bapa kini berpeluang memberi anak-anak mereka pengalaman mencipta kenangan indah dengan pakej CEO yang direka khas oleh RWG. Pakej istimewa ini tersedia mulai sekarang hingga 16 Februari 2025, dengan tempoh sah dari 2 Januari hingga 30 Jun 2025:

Pakej Key to Adventure (dari RM524)

Penerangan: Pakej Key to Adventure membuka peluang kepada CEO kecil untuk menikmati percutian penuh pengembaraan. Pilihan penginapan termasuk Hotel Genting SkyWorlds atau percutian berinspirasi alam semula jadi di Resorts World Awana. Nikmati dua tiket ke taman tema Genting SkyWorlds yang diiktiraf dengan anugerah, serta baucar untuk menikmati hidangan lazat!

Keistimewaan Pakej:
  • Penginapan satu malam di Bilik Superior Deluxe, Resorts World Awana atau Quads, Hotel Genting SkyWorlds.
  • Tiket Standard 1-Hari ke Taman Tema Genting SkyWorlds untuk dua orang.
  • Kredit RM50 untuk makanan dan minuman di Taman Tema Genting SkyWorlds untuk dua orang.

Pakej Play Mode (pada RM190)

Penerangan: Nikmati keseronokan tanpa had selama sehari dengan Pakej Play Mode! Terokai dunia luas taman tema Genting SkyWorlds pada waktu siang dan teruskan bermain di Taman Tema Tertutup Skytropolis pada waktu malam. Baucar yang disertakan membolehkan anda membeli-belah dan menjamu selera sepanjang hari.

Keistimewaan Pakej:
  • Tiket Standard 1-Hari ke Taman Tema Genting SkyWorlds.
  • Pas Tanpa Had di Taman Tema Tertutup Skytropolis.
  • Kredit RM30 untuk makanan dan minuman di Taman Tema Genting SkyWorlds.
  • Baucar RM20 untuk Pembelian Barangan di Taman Tema Genting SkyWorlds.
Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen CEO dan pakej-pakej yang ditawarkan, sila layari rwgenting.com atau saluran media sosial rasmi RWG.

Comments

Popular posts from this blog

“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3