JUALAN MEGA ONLINE RESORTS WORLD GENTING MENAWARKAN DISKAUN SEHINGGA 78% UNTUK PENGINAPAN HOTEL, TIKET TAMAN TEMA DAN HIDANGAN ISTIMEWA BERMULA 9 DISEMBER!


Nikmati percutian menarik di tanah tinggi bersama Resorts World Genting yang menawarkan diskaun hebat sehingga 78% untuk penginapan hotel, tiket taman tema, dan hidangan istimewa! Promosi eksklusif ini berlangsung dari 9 hingga 18 Disember, untuk penginapan dan kunjungan antara 2 Januari hingga 30 Mac 2025. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk merancang percutian impian anda!

Tawaran hebat ini selaras dengan cuti sekolah Malaysia dari 18 Januari hingga 16 Februari dan cuti sekolah Singapura dari 15 hingga 23 Mac. Rebut peluang ini dengan melayari laman web atau aplikasi mudah alih kami dan rancang percutian anda lebih awal!

Para pengunjung turut berpeluang menikmati kadar bilik istimewa di lima hotel terpilih dengan tawaran terhad selama 10 hari dari 9 hingga 18 Disember. Dapatkan Bilik Standard di First World Hotel pada harga RM98nett (harga asal RM453) dan Bilik Quads di Genting SkyWorlds Hotel yang popular, selesa dan sesuai untuk keluarga pada harga RM288nett (harga asal RM960)!


Rebut peluang untuk menikmati penginapan dengan suasana yang tenang dan menyegarkan di Bilik Superior Deluxe, Resorts World Awana yang dikelilingi hutan hujan Khatulistiwa, hanya pada harga RM228nett (harga asal RM550)! Atau, alami ketenangan percutian di tepi pantai di Resorts World Langkawi dengan Bilik Seaview Standard pada harga RM188nett (harga asal RM410)! Untuk percutian di Pantai Timur, tempah Bilik Premier di Resorts World Kijal dengan harga RM248nett (harga asal RM499)! Tawaran menarik ini sah untuk penginapan dari Ahad hingga Khamis, bermula 2 Januari hingga 30 Mac 2025, kecuali pada 29 Januari hingga 2 Februari 2025. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran penginapan yang pastinya berbaloi!

Lebih menarik lagi! Taman Tema Genting SkyWorlds kembali dengan tawaran hebat Beli 1 Percuma 1 untuk Tiket Hari Standard, di mana warganegara Malaysia berpeluang menikmati dua tiket untuk sehari pada harga RM156nett, manakala bukan warganegara boleh memperolehnya pada harga RM186nett! Selain itu, nikmati keseronokan seharian dengan pengalaman mendebarkan di Taman Tema Tertutup Skytropolis dengan pas harian yang kini ditawarkan pada harga RM75nett untuk dua orang bagi warganegara Malaysia, sementara bukan warganegara boleh menikmatinya pada harga RM90nett. Tawaran eksklusif ini tersedia di Taman Tema Genting SkyWorlds dan Skytropolis, sah dari 2 Januari hingga 30 Mac 2025.

Bagi penggemar makanan, kami pasti akan memuaskan selera anda! Dapatkan baucar eksklusif Burger & Lobster di SkyAvenue pada harga RM195nett dan nikmati hidangan bernilai RM250! Promosi ini menawarkan sajian-sajian lazat termasuk menu terkini yang mengujakan seperti umami-rich XO Lobster yang menggabungkan cita rasa makanan laut yang kaya dengan sentuhan pedas. Kimchi Roll pula menyajikan lobster yang lembut disaluti kimchi yang menyegarkan dan gochujang pedas, dibalut dalam bun yang rangup. Jangan ketinggalan Atomic Smash Burger dengan patty yang disaluti karemal, diperkaya dengan sos Atomic khas yang pedas dan menyelerakan. Baucar Burger & Lobster ini sah mulai 2 Januari hingga 30 Mac 2025, kecuali pada 29 hingga 30 Januari 2025.

“Kami amat teruja untuk memperkenalkan tawaran ekslusif kami pada harga yang berpatutan, memberikan pengunjung untuk menikmati percutian yang menakjubkan pada musim cuti ini! Melalui promosi mega ini, kami berharap dapat memberi lebih banyak peluang kepada orang ramai untuk menikmati pengalaman yang tiada tandingan di resort bersepadu kami yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa,” kata Spencer Lee, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam.

Tahun 2025 bakal tiba dengan pelbagai aktiviti dan tarikan menarik di Resorts World Genting, saat resort ikonik ini menyambut tahun baru serta Diamond Jubilee! Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman unik yang menggabungkan rekaan seni bina dan keindahan semula jadi di destinasi hiburan terkemuka Asia yang diselubungi kabus setinggi 6,000 kaki di atas paras laut!


Promosi yang dinyatakan tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal. Untuk maklumat lanjut, sila layari rwgenting.com.

Comments

Popular posts from this blog

“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3