SAMBUT KETIBAAN TAHUN BAHARU 2025 DI TAIPEI DENGAN LIMPAHAN CAHAYA YANG PENUH KEAJAIBAN


Sambutan Akhir Tahun Bandaraya Taipei Baharu 2024 di Taiwan akan menyerlahkan bandaraya dari 15 November 2024 hingga 1 Januari 2025! Dengan tema "Magical City" yang penuh keajaiban tahun ini, acara ini akan berlangsung di Dataran Bandaraya Taipei Baharu, Stesen Banqiao, dan Taman Wanping selama 48 hari yang sangat memukau. Pejabat Pelancongan Taiwan Kuala Lumpur mengalu-alukan pengunjung Malaysia untuk menikmati paparan cahaya yang menakjubkan dan pemasangan seni yang mempesona, mengundang semua untuk mencipta kenangan manis dalam suasana pesta yang meriah ini. Berikut adalah beberapa sorotan utama Sambutan Akhir Tahun Bandaraya Taipei Baharu 2024:

1. Pertunjukan Cahaya Istana LED Setinggi 8 Tingkat

Sebuah istana LED megah setinggi 8 tingkat telah didirikan di Dataran Bandaraya Taipei Baharu, menampilkan simfoni cahaya dan dekorasi yang memukau. Pemasangan unik ini adalah lokasi terbaik untuk merakam gambar dan video yang menakjubkan. Setiap malam, pertunjukan cahaya diadakan setiap jam dan setengah jam, membawa pengunjung ke dalam dunia ajaib yang penuh dengan cahaya dan warna.

Imej pertunjukan lampu istana LED, disediakan oleh Biro Pelancongan Bandaraya Taipei Baharu.

2. Lebih 50 Lokasi Bergambar Menakjubkan: Magical City, Dreamy Fairy Tale Kingdom & Banyak Lagi

Dari Magical City yang diterangi LED yang memukau hingga Dreamy Fairy Tale Kingdom yang penuh dengan fantasi, Bandaraya Taipei Baharu menampilkan pemasangan kreatif yang menawarkan peluang bergambar yang unik. Paparan seni yang indah ini membolehkan pengunjung merasai suasana ajaib, menjadikannya destinasi sempurna untuk keluarga yang mencari percutian hujung tahun yang penuh kenangan.

Imej air pancut ajaib, Magic Fountain di Jambatan Seratus Kaki Xiao Yuan, lampu menyala mulai 5:30 petang hingga 11:00 malam, disediakan oleh Biro Pelancongan Bandaraya Taipei Baharu.

3. Keseronokan Mesra Keluarga di Pasar dan Tarikan Pelancongan

Sambutan Akhir Tahun Bandaraya Taipei Baharu 2024 ini turut menampilkan pasar yang meriah, permainan hiburan yang penuh keceriaan, serta pengalaman interaktif yang direka untuk dinikmati bersama oleh pengunjung dari semua peringkat usia.

Imej Karusel Magical Unicorn di Plaza Civic, dibuka mulai jam 11:00 pagi hingga 10:00 malam, disediakan oleh Biro Pelancongan Bandaraya Taipei Baharu.


Pengunjung boleh menaiki belon udara panas Magical Hot Air Balloon untuk menikmati pengalaman unik atau mengagumi roda gergasi berputar Ferris Wheel yang bersinar dengan cahaya platinum, menerangi langit malam dan mencipta suasana yang penuh keajaiban, gambar disediakan oleh Biro Pelancongan Bandaraya Taipei Baharu.

Nikamti pemandangan indah dari roda gergasi berputar Ferris Wheel bersinar dengan cahaya platinum, menerangi langit malam dan mencipta suasana keajaiban, disediakan oleh Biro Pelancongan Bandaraya Taipei Baharu.

Abe Chou, Pengarah Pejabat Pentadbiran Pelancongan Taiwan di Kuala Lumpur berkongsi:
"Kami mengalu-alukan rakan-rakan Malaysia ke Taiwan untuk menikmati pameran seni cahaya yang mempesona dan kepelbagaian budaya ini. Sambutan Akhir Tahun Bandaraya Taipei Baharu 2024 telah direka dengan teliti dengan kemudahan mesra keluarga untuk memastikan semua orang dapat mencipta kenangan manis di sini."

Taipei: Destinasi Perjalanan Utama untuk Pelancong Muslim

Menurut Indeks Perjalanan Global Muslim 2024 (GMTI), Taiwan menduduki tempat ketiga di kalangan destinasi bukan OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam), hanya di belakang Singapura dan United Kingdom. Taipei juga memenangi anugerah “Bandaraya Perjalanan Mesra Muslim Yang Paling Sesuai”.

Bandaraya Taipei kini menawarkan lebih 60 tempat penginapan dan makan mesra Muslim, serta lebih daripada 30 tarikan dan tempat awam yang dilengkapi dengan bilik solat atau kemudahan berwudhuk.

Lokasi utama seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan, Stesen Utama Taipei, dan tempat-tempat utama seperti Pusat Perdagangan Dunia Taipei dan Dewan Pameran Nangang juga dilengkapi dengan kemudahan mesra Muslim. Taiwan telah aktif mempromosikan sijil mesra Muslim untuk tapak pelancongan dan hotel, sekali gus meningkatkan reputasi Taipei sebagai destinasi yang mesra pengunjung.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pentadbiran Pelancongan Taiwan Kuala Lumpur di +603-20706789 atau e-mel tourism@taiwan.net.my

Comments

Popular posts from this blog

“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3