OMNO MELANCARKAN NOURISH & PROTECT: PENJAGAAN KULIT MESRA ALAM UNTUK CUACA TROPIKA
Jenama penjagaan peribadi dari Singapura, Omno, memperkenalkan rangkaian penjagaan kulit mesra alam Nourish & Protect, direka untuk menangani iklim tropika di Asia Tenggara. Direka untuk menghadapi keadaan panas, kelembapan, dan pencemaran yang menjejaskan kulit, rutin tiga langkah ini melindungi, menghidrat, dan memulihkan kulit.
Tiga produk baharu dalalm rangkaian Nourish & Protect:
Gaea Solar Defence: Sunblock SPF 50+ yang ringan dengan perlindungan UVA dan UVB spektrum luas. Menampilkan haruman yang menenangkan seperti geranium, cedarwood, sage, dan lavender, ia selamat untuk kulit sensitif dan bayi. Teknologi enkapsulasi canggih memastikan perlindungan sekata dan yang tahan lama.
Hydration Gel: Pelembap tanpa minyak dengan asid hyaluronik untuk penghidratan tahan lama. Ekstrak aloe vera dan chamomile menenangkan kulit yang teriritasi, sesuai untuk penggunaan harian dan selepas terkena matahari.
Solace Radiant Body Oil: Campuran minyak rawatan badan dengan pati bergamot, lavender, halia, rosemary, dan eucalyptus. Ia meningkatkan seri semula jadi kulit dan merawat kesan regangan serta parut dengan vitamin A, C, E, dan asid lemak penting.
Dilancarkan tepat pada masanya untuk trend penjagaan diri di Malaysia, rangkaian Omno Nourish & Protect boleh didapati secara dalam talian dan di kedai Omno New Bahru di Singapura, menawarkan konsultasi penjagaan kulit peribadi dan sampel produk untuk dicuba.
Comments
Post a Comment