PENYANYI ‘JUST LIKE YOUR TENDERNESS’, TSAI CHIN KEMBALI KE RESORTS WORLD GENTING PADA 8 MAC 2025


Penyanyi lagenda Taiwan, Tsai Chin, bakal memukau peminatnya di Malaysia dengan konsert solonya di Arena of Stars pada 8 Mac 2025, bermula jam 6 petang. Mula dikenali pada tahun 1979 dengan lagu hit "Just Like Your Tenderness", Tsai Chin telah menjadi ikon dalam muzik Mandarin. Dengan lebih daripada 50 album yang menduduki carta teratas, berbilang anugerah, dan lagu-lagu klasik seperti "Decision", "Farewell My Country", "Your Eyes", "Bu Liao Qing", dan "The Ferry", muziknya terus kekal relevan dengan peminat merentas generasi.

Konsert yang bertajuk “Hao Xin Qing” (bermaksud "mood baik") mencerminkan keinginan Tsai Chin untuk membangkitkan semangat dan menyebarkan rasa positif, terutama selepas pandemik. 

"Menjaga mindset positif sangat penting untuk mengelakkan rasa kecewa atau berputus asa," katanya. "Apa yang orang perlukan sekarang adalah mood yang baik!"

Tsai Chin berhasrat untuk meraikan cinta dan kepelbagaian, membawa peminat mengimbau kembali kenangan dengan lagu-lagu hits yang paling disayangi sepanjang hampir 50 tahun kerjayanya.

Tiket akan dijual pada 26 Disember 2024 untuk ahli GRC Gold & ke atas, manakala jualan kepada umum bermula pada 6 Januari 2025 jam 12 tengah hari. Harga tiket bermula dari RM766 untuk VIP hingga RM226 untuk PS4, dengan bayaran pemprosesan tambahan sebanyak RM4. Ahli GRC menikmati diskaun 10%.

Jangan lepaskan peluang untuk merasai vokal kuat Tsai Chin secara langsung. Untuk maklumat lanjut, layari rwgenting.com.

Comments

Popular posts from this blog

“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3