RUNGKAI MISTERI BERSAMA DETECTIVE CONAN: PAMERAN ULANG TAHUN KE-30 KINI DI KUALA LUMPUR!


Penggemar Detective Conan, bersiap sedia untuk menyelami dunia penuh misteri! Pameran Ulang Tahun ke-30 yang sangat dinantikan kini hadir di Kuala Lumpur. Rasakan sensasi menjadi detektif cilik bersama Conan dan kawan-kawan.

Lapan Zon Interaktif dengan Paparan Kandungan Eksklusif dari Jepun

Selami misteri apabila pameran ini membuka tirainya dengan lapan zon yang memikat hati, bermula dengan perjalanan nostalgik melalui sejarah 30 tahun siri ini. Hidupkan semula detik-detik ikonik, saksikan pameran interaktif yang mendebarkan, dan imbau nostalgia bersama watak-watak kegemaran anda daripada dunia Detective Conan.


Jangan Lepaskan Peluang Untuk Bawa Pulang Barangan Eksklusif Ulang Tahun ke-30!

Lawatan anda tidak lengkap tanpa mendapatkan barangan eksklusif! Peminat boleh mengunjungi Kedai Merchandise Pameran Ulang Tahun ke-30 Detective Conan, yang menawarkan koleksi item edisi terhad yang luar biasa termasuk barangan yang eksklusif di Malaysia sahaja.


Temui Detective Conan di sesi "Meet & Greet"

Ada kejutan istimewa menanti para peminat! Dapatkan peluang untuk bertemu dengan karakter Conan kesukaan di sesi "meet and greet" yang dijadualkan pada hari-hari tertentu.


Detective Conan 30th Anniversary Exhibition

Tarikh: 6 Disember 2024 (Jumaat) – 16 Februari 2025 (Ahad)
Masa: 10:00 pagi – 10:00 malam (Kemasukan terakhir pada 9:30 malam)
Lokasi: Pavilion Bukit Jalil, Level 2 (Pink Zone), Lot 2.93.00
Pautan Pembelian Tiket: Ticketek (https://premier.ticketek.com.my/)



Ikuti Facebook rasmi Detective Conan 30th Anniversary Exhibition Kuala Lumpur (https://www.facebook.com/DetectiveConanKL/) dan Instagram (https://www.instagram.com/detectiveconan30th) untuk maklumat terkini!




Comments

Popular posts from this blog

“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3