SHAKE SHACK PERKENAL MENU BAHARU DENGAN AVOKADO DI CAWANGAN BAHARU SUNWAY PYRAMID


Anda sudah bersedia untuk menikmati cita rasa yang istimewa? Shake Shack bakal membuka cawangan keduanya di Malaysia pada 19 Disember dengan memperkenalkan menu Avokado yang istimewa. Nikmati Burger Avokado, eksklusif hanya di lokasi baru Sunway Pyramid mulai 19 Disember dan di semua cawangan Shake Shack mulai 2 Januari 2025.

Nikmati Kelazatan Burger Daging Avokado  & Ayam Avokado 


Penggemar Shake Shack, bersiaplah untuk pengalaman burger yang lebih istimewa! Nikmati Cheeseburger Angus yang lazat dengan hirisan avokado segar, hirisan daging lembu panggang yang diasap dengan kayu epal, dan sos Shack khas , semua dihidangkan dalam roti kentang lembut.


Untuk pilihan yang berbeza, cuba Ayam Avocado, menampilkan ayam bebas antibiotik yang lembut, dipadankan dengan avokado segar, hirisan daging lembu panggang, salad segar, timun jeruk, dan sos mayo herba buttermilk yang kaya.


Kedua-dua burger Avocado ini pastinya membuka selera anda dengan cita rasa lain dari yang lain.

Lokasi Baru, Pengalaman Baru 

Susulan kejayaan cawangan utama di TRX, lokasi Sunway Pyramid menawarkan suasana yang dinamik dan mesra, sesuai untuk keluarga, pelajar, dan para pencinta makanan. Lokasi baru ini dihiasi dengan mural menarik oleh artis Malaysia terkenal, Jaemy C, yang meraikan budaya tempatan dan semangat komuniti. Karya seni yang penuh warna ini menambah sentuhan kreatif, menjadikannya latar belakang yang sempurna untuk gambar Instagram anda.


Concrete Istimewa Shake Shack: Hidangan Manis dengan Sentuhan Tempatan 

Tiada kunjungan ke Shake Shack yang lengkap tanpa mencuba Concrete istimewa – pencuci mulut berasaskan custard beku yang dicampur dengan pelbagai topping. Nikmati perisa eksklusif ini di Sunway Pyramid:

Shack Attack: Nikmati custard coklat beku yang kaya dengan ketulan coklat Concierge, kepingan brownie, dan sos fudge Shack. Selain kelazatannya, pencuci mulut ini menyokong misi Shake Shack untuk "Stand For Something Good®". Dengan 5% daripada setiap pembelian didermakan kepada Generasi Gemilang, Shake Shack berbangga untuk bekerjasama dengan organisasi ini bagi memberi sumbangan kepada komuniti. Inisiatif ini meneruskan komitmen kami untuk menjalin hubungan yang bermakna dengan masyarakat setempat, membawa perisa premium dan semangat positif ke Subang Jaya.

Cleopatra’s Dream: Custard vanila beku dicampur dengan sos pistachio, ditambah dengan biskut matcha dan crepe rangup. Hanya terdapat di Sunway Pyramid, pencuci mulut ini menggabungkan kemewahan Cleopatra, memberikan sentuhan keanggunan kepada hidangan manis anda.

The Golden Rule: Custard vanila beku dicampur dengan buah markisa dan mangga, ditambah dengan biskut karamel dan taburan emas. Hanya terdapat di Sunway Pyramid, pencuci mulut ini diinspirasikan oleh kemegahan dan kilauan emas pusat membeli-belah ini.

Sebagai sebahagian daripada komitmen Shake Shack terhadap keterangkuman dan menghormati adat tempatan, Shake Shack Sunway Pyramid menawarkan menu yang bebas daripada ramuan tidak halal.


Tawaran dan Aktiviti Pembukaan Besar 

Sambut pembukaan besar Shake Shack di Sunway Pyramid pada 19 Disember dengan meriah! 100 tetamu pertama dalam barisan akan menerima Avocado Burger percuma dengan sebarang pembelian, bersama-sama dengan Beg Tote Eksklusif Shack, selagi stok masih ada. Kemeriahan tidak berhenti di situ – nikmati persembahan kumpulan muzik brass band, ambil gambar kenangan di gerai foto bergerak, dan rasai suasana yang meriah.

Sertai Kegilaan Avocado: 

Maklumat Pembukaan Utama 
Tarikh Pembukaan Besar: 19 Disember 2024 
Lokasi: LG2.20, Sunway Pyramid, Bandar Sunway, Selangor 
Menu Eksklusif: Avocado Burger (Tersedia dari 19 - 31 Disember), Cleopatra’s Dream Concrete, The Golden Rule Concrete 
Ciri Baru: Mural unik oleh artis tempatan Jaemy C

Jangan lepaskan semua kelazatan avokado ini! Ajak rakan, keluarga, dan orang tersayang, dan kunjungi Shake Shack Sunway Pyramid untuk pengalaman menjamu selera yang tidak dapat dilupakan.


Shake Shack Sunway Pyramid 

Alamat: OB.K2, OB.K3 & OB.K3C, Oasis Boulevard, Sunway Pyramid Shopping Mall, Sunway City, 47500 Subang Jaya, Selangor 
Instagram: ShakeShackMY

Comments

Popular posts from this blog

“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3