ELLA, RATU ROCK MALAYSIA, RAIKAN 30 TAHUN ELLA USA DI ARENA OF STARS PADA 17 MEI 2025
Ella, Ratu Rock Malaysia, akan menggegarkan Arena of Stars pada 17 Mei 2025, jam 8:30 petang, dengan sebuah konsert yang mengagumkan bagi meraikan tiga dekad kejayaan album ikoniknya, Ella USA.
Ella USA, yang diterbitkan pada tahun 1994, merupakan pencapaian besar dalam industri muzik Malaysia dan menjadikan Ella sebagai seorang penyanyi wanita tempatan dengan album terlaris dalam sejarah muzik Malaysia. Ia menampilkan kerjasama dengan pemain gitar lagenda Jepun, Kyoji Yamamoto, yang berperanan sebagai penerbit, penulis lagu, dan pemuzik. Penuh dengan lagu-lagu terkenal, album ini tetap menjadi salah satu karya utama dalam sejarah muzik tempatan.
Lebih 10 album dan ribuan tiket persembahan laris dijual di seluruh Asia, konsert istimewa ini akan menyaksikan Ella tampil di puncak kegemilangannya, mempersembahkan lagu-lagu ikonik dari Ella USA bersama koleksi lagu hit terbaiknya. Dikenali dengan auranya yang memukau dan karisma yang menawan, konsert pertama Ella pada tahun 2025 ini dijangka menjadi acara penuh makna, menghargai sumbangan kerjayanya dan legasi yang kekal.
Tiket untuk konsert penuh sejarah ini akan mula dijual pada 24 Januari 2025, jam 12 tengah hari. Harga tiket bermula dari RM389 (VIP), RM349 (PS1), RM269 (PS2), RM189 (PS3) dan RM99 (PS4). Ahli Genting Rewards Card (Kad Ganjaran Genting) berpeluang menikmati diskaun tetap sebanyak 10% melalui pembayaran tunai, kad kredit, atau penebusan Mata Ganjaran Genting yang hanya sah bagi pembelian tiket VIP, PS1, PS2 dan PS3 sahaja.
Dapatkan tiket anda dan maklumat lanjut di rwgenting.com.
Comments
Post a Comment