BERSEDIA UNTUK “BLOOM BOOM POW” BERSAMA GL PLAY SEMPENA TAHUN BARU CINA INI


Sempena Tahun Ular yang bakal menjelang, GL Play, bahagian liburan dan hospitaliti Gamuda Land, menjemput para pengunjung untuk memulakan Tahun Baru Cina dengan kempen meriah bertemakan “Bloom Boom Pow”. Berlangsung dari 18 Januari hingga 16 Februari 2025, bertepatan dengan cuti sekolah, kempen ini menjanjikan sambutan yang meriah dan tidak dapat dilupakan di lima taman ikonik GL Play: SplashMania Waterpark, Discovery Park, Paya Indah Discovery Wetlands, Quayside, dan FunPark.


Liong Ve Lyn, Pengurus Besar Kanan Leisure & Hospitality Gamuda Land, berkongsi, "Tahun Baru Cina ini, kami akan membawa lebih banyak persembahan Heng Ong Huat, dan menyediakan pelbagai pelbagai aktiviti dan promosi untuk membawakan satu pengalaman yang menggembirakan dan sukar dilupakan untuk semua.”

Sepanjang kempen ini, SplashMania Waterpark dan FunPark akan dihiasi dengan bunga sakura yang sedang mekar dan dekorasi bertema oriental, mencerminkan kemakmuran dan kegembiraan musim ini. Night Splash kembali setiap malam Jumaat dan Sabtu dari 17 Januari hingga 15 Februari, termasuk hari pertama dan kedua Tahun Baru Cina.


Terokai Malaysia dengan Permainan Kad “Cuti-Go-Where” GL Play 

GL Play melancarkan permainan kad edisi terhad, “Cuti-Go-Where,” sebagai sebahagian daripada Visit Selangor 2025. Permainan mesra keluarga ini, sesuai untuk sehingga enam pemain, menggalakkan penerokaan budaya tempatan dan mempromosikan pelancongan Selangor dengan menampilkan tarikan GL Play dan tempat pelancongan utama Selangor.

Cabutan Bertuah “Shake It Bloom Boom”. Pengunjung yang membeli tiket SplashMania atau FunPark bernilai RM88 atau lebih dalam satu transaksi di glplay.com.my boleh menyertai cabutan bertuah “Shake It Bloom Boom” untuk peluang memenangi barangan eksklusif, termasuk paket angpow GL Play, beg jinjing, dan banyak lagi.


Hiburan Perayaan yang Hebat di SplashMania dan FunPark. Setiap hari Sabtu, taman-taman ini akan dimeriahkan dengan persembahan hiburan yang menyemarakkan semangat Tahun Baru Cina. Nikmati persembahan Tarian Singa bercahaya LED, Tarian Cina, dan DJ yang memainkan alunan ‘Gong Xi’ yang bertenaga. Pengunjung juga boleh bertemu dengan Dewa Kemakmuran dan Maskot GL Play yang menawan.

Skyline Luge Kuala Lumpur juga menawarkan promosi bermusim yang menarik untuk semua. 

Barangan Edisi Terhad Eksklusif Abadikan detik-detik gembira bersama keluarga atau rakan-rakan di gerai foto GL CLIX di SplashMania dan FunPark, serta bawa pulang barangan edisi terhad khas sebagai kenangan.

Tawaran Hebat SplashMania. GL Play menawarkan promosi Beli 1, Percuma 1 untuk tiket SplashMania dari 28 hingga 30 Januari 2025. Tempoh lawatan untuk promosi ini adalah dari 29 Januari hingga 16 Februari.


Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila layari: www.glplay.com.my



Comments

Popular posts from this blog

“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!