CLOSE UR KOPITIAM: BUKAN SEKADAR KISAH BIASA-BIASA DI KEDAI KOPI


Raja komedi Singapura Mark Lee bekerjasama dengan sensasi online, Dissy untuk menghasilkan filem "CLOSE UR KOPITIAM." Filem sulung mereka ini akan mula ditayang pada hari pertama Tahun Baru Cina, 29 Januari 2025. Filem komedi dengan tema kemasyarakatan difilemkan sepenuhnya di Malaysia dan mengisahkan cabaran pemilik kopitiam tempatan yang hidupnya menjadi porak-peranda setelah ditularkan oleh seorang pempengaruh makanan.



Lebih Daripada Sekadar Kisah Kopitiam

"CLOSE UR KOPITIAM" bukan sekadar hiburan Tahun Baru Cina yang biasa-biasa. Walaupun berlatarbelakangkan suasana kopitiam yang sibuk, ia mengupas tema universal seperti keluarga, komuniti, dan kesan era digital. Filem ini mengikuti perjalanan pemilik kopitiam apabila menjadi terkenal dengan tidak sengaja di media sosial dan ia membawa cabaran yang tidak dijangka, termasuk tumpuan orang awam, buli siber, dan ketegangan dalam hubungan peribadi.


Jenaka Unik Dissy

Dissy, yang terkenal dengan kandungan dalam talian yang bijak dan penuh jenaka, membawa gandingan humor dan komentar sosial mereka yang tersendiri ke layar perak. "CLOSE UR KOPITIAM" dengan bijak menyindir budaya influencer dan meneroka pengaruh besar dunia digital terhadap kehidupan kita. Sambil bergelak tawa, penonton juga disisipkan bahan untuk renungan semua.


Barisan Pelakon Bintang Berpengaruh

Filem ini menampilkan barisan pelakon bintang, termasuk artis-artis Dissy seperti Song Bill, Yuriko, Dahee, Anthony, Adeline Wong, Zuvia, Yuniyce, Michie, K Lao, Kim Chen Wu, dan Morn Liew, bersama pelakon veteran Mark Lee dan Jaspers Lai. Proses produksi sangat dinamik memerlukan pelakon menjalani latihan intensif mengendalikan kopitiam dan menumpukan berjam-jam untuk memperbaiki persembahan mereka.


Nafas Baru untuk Sinema Malaysia

"CLOSE UR KOPITIAM" merupakan penanda aras baharu bagi Dissy dan industri filem Malaysia. Produksi yang dipacu oleh influencer ini mencerminkan pengaruh mereka yang semakin meningkat dalam membentuk landskap hiburan. Dengan penceritaan yang menyentuh hati, humor yang bijak, dan komentar sosial yang mendalam, "CLOSE UR KOPITIAM" bersedia menyajikan hiburan yang bermakna buat penonton pada Tahun Baru Cina ini.


Close UR Kopitiam bakal ditayangkan di pawagam berhampiran anda mulai 29 Januari 2025.

Comments

Popular posts from this blog

“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!