“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025


Drama adaptasi novel “Rona Bosphorus” karya Dr Zaid Akhtar menggunakan tajuk sama menjadi pembuka tirai drama bersiri terbaharu disiarkan RTM menerusi saluran TV untuk tahun 2025 ini. Telah pun mula bersiaran sejak 1 Januari lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 9.00 malam di saluran Okey dan RTMKlik, drama bersiri arahan Khalid Nadzri ini mengandingkan Syafi Tee dan Husna Mustaffa sebagai pelakon utama.

Kisah konflik ego bertemu ego yang menjalani penggambaran di Istanbul, Turkiye ini turut menampilkan pelakon Habeeb Rasely, Hafizuddin Fadzil, Kuna Muzani, Boy Naszeli Ngasri, Duha Uner, Qazem Nor, Datin Anne Ngasri, Rasya Dean, Ikhlas Jalil dan Inas Sofea.

Bermula dengan watak utama Afham lakonan Syafie Tee dan Naura (Dania Iza) bercinta semasa mereka belajar di sebuah universiti di Jordan. Afham sambung pengajian peringkat Master di Turkiye selepas tamat pengajian Ijazah di Jordan. Sebelum ke Turkiye Naura minta Afham masuk meminang tapi Afham minta tangguh dulu dengan alasan dia mahu habiskan pengajian Masternya dahulu.


Tetapi ketika di Istanbul Afham mula lupakan Naura bila dia bertemu dengan Amal Hayati (Husna Mustaffa). Amal Hayati lebih berusia dari Afham dan datang ke Istanbul kerana kecewa tunangnya telah kahwin dengan sahabat karibnya sendiri.

Afham bersama abang Amal iaitu Fahim telah buka kelas pengajian bahasa Arab & Turkiye untuk para pelajar Malaysia di Istanbul. Naura yang kecewa dengan Afham yang mengabaikan hubungan mereka telah menyambung pengajian peringkat Master di Malaysia.

Afham selepas tamat pengajian peringkat Masternya di Turkiye balik ke Malaysia untuk menyambung pengajian peringkat Phd di USIM dan telah menjadikan Dr Wajdi sebagai supervisor tesis Phdnya. Afham terkejut bila mendapati Naura juga adalah pelajar seliaan Dr Wajdi. Afham makin terkejut bila mendapat tahu Dr Wajdi mahu memperisterikan Naura.


Berlaku konflik antara Dr Wajdi dan Afham bila Afham membantah Dr Wajdi mahu memperisterikan Naura. Ini kerana Afham adalah bertentangan dari sudut etika akademik seorang pensyarah menjalinkan hubungan cinta dengan pelajar yang sedang diselia tesisnya. Naura juga tidak mahu Afham campur tangan dengan urusan peribadinya. Naura dakwa Dr Wajdi lebih jujur dari Afham yang mengabaikannya dahulu selepas melanjutkan pengajian di Istanbul. Akhirnya, Afham melamar Amal Hayati untuk menjadi isterinya. Namun adakah lamarannya diterima Amal Hayati?

Comments

Popular posts from this blog

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3