PAMERAN SEMPENA KEPULANGAN MISHELL LEONG KE TANAH AIR: A KALEIDOSCOPE OF EMOTIONS


Wahai pencinta seni dan warna, sediakan diri anda! Artis kelahiran Malaysia yang terkenal di seluruh dunia, Mishell Leong, membawakan seninya yang penuh bertenaga ke HARTA dengan pameran solo pertamanya di Malaysia. Sempena menyambut kepulangan beliau ke tanah air selepas 27 tahun hidup merantau di luar negara, HARTA telah mengubahsuaikan ruangan pameran mereka di Ampang untuk menjadi tuan rumah pameran solo karyawan terkenal ini bermula dari 8 hingga 26 Februari 2025.

Bersedia untuk menikmati karya seni yang sarat dengan warna, tekstur dan sentuhan emosi yang dilihat menerusi lensa yang baharu. 


Ledakan Warna, Tekstur dan Emosi

Mishell telah mencipta koleksi karya seni yang sama sekali baharu semata-mata untuk pameran ini— bersiap sedia untuk menyelam jauh ke dalam pesta visual warna-warna terang, kontras yang berani dan tekstur yang hamper manggamit pemerhati seni dari kanvas. Bagi pengumpul karya seni, ini adalah peluang keemasan untuk memperoleh karya eksklusif dan edisi terhad daripada artis yang diiktiraf di peringkat global – dan anda boleh mendapatkanya di sini. Jangan lepaskan peluang yang menarik dan eksklusif ini!


Daripada menganalisa Spreadsheet Excel kepada menghasilkan Karya-karya Agung

Perjalanan artistik Mishell seakan tayangan filem blockbuster—penuh dengan semangat, transformasi, daya tahan dan keberanian. Seorang mantan Akauntan Bertauliah, beliau menukar kerjaya mengolah spreadsheets Excel ke kerjaya mengolah seni dengan berus cat untuk menghasilkan karya-karya seni yang mengagumkan. Berdasarkan pendidikan kendiri sepenuhnya, Mishell menyahut panggilan seninya sebagai ekspresionis kehidupan, menggunakan seni sebagai pemangkin untuk menyampaikan kegembiraan, keajaiban, dan tenaga hidup yang penuh semangat.

Sepanjang dekad yang lalu, keputusannya untuk menyahut panggilan sebenar telah meluncurkan hasil-hasil seninya menjadi koleksi peribadi peminat-peminat seni di seluruh dunia, dari Singapura ke London, Switzerland, Amerika Syarikat, Eropah, Australia, New Zealand dan negara tanah air Malaysia.


Kepulangan Sensasi Global ke Tanah Air

Setelah berjaya mengadakan pameran yang laris di Hong Kong dan pameran solo yang sangat membanggakan di London pada Jun 2024, Mishell bersedia untuk mempamerkan karya karya terbaiknya ke Kuala Lumpur. Hasil karyanya meraikan kehidupan dalam semua aspek, pelbagai lapisan kemegahan yangindah, dinyatakan melalui campuran cat minyak, cat akrilik dan lapisan bertekstur untuk mencipta seni yang menyingkap jiwa. Hasil karya yang berani, riang, serta menggamit seluruh nada deria dan akan membuatkan peminat peminat seni berasa teruja.

Baru-baru ini Mishell diberi penghormatan oleh Tuan Yang Terutama Ikram Mohammad, Duta Besar Malaysia ke Vienna, dengan Sijil Penghargaan atas “sumbangan beliau yang cemerlang dan terpuji dalam mengharumkan nama Malaysia di Austria.”


"Pameran ini adalah watikah cinta saya ke tanah air- serta peluang untuk berkongsi perjalanan saya dan pengalaman yang saya kumpulkan sepanjang perantauan saya. Setiap warna, setiap sapuan warna adalah cerminan hidup saya dan pengaruh yang saya perolehi dalam 27 tahun merantau di luar negara.” – Mishell Leong



 

Comments

Popular posts from this blog

BIASISWA SISWI SAFI MENYOKONG WANITA MALAYSIA MEMACU MASA DEPAN

4 TIPS BERGUNA UNTUK MELANCONG OLEH UNIVERSAL TRAVELLER

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!