JOM BELI KURMA AL-TALIA MEDJOOL PREMIUM JERICHO UNTUK MENBANTU WARGA PALESTIN DI MALAYSIA!
Euro-Atlantic Sdn Bhd, pengimport dan pengedar utama buah-buahan, sayur-sayuran dan barangan runcit gourmet, dengan bangganya melancarkan inisiatif amal “Aid Palestine with Dates” yang bermakna untuk membantu warga Palestin yang menetap di Malaysia.
Inisiatif ini, dengan sokongan padu daripada peruncit di seluruh Malaysia, memberi tumpuan kepada penjualan kurma Medjool premium yang diimport khas dari Jericho, Palestin. Kurma ini, yang terkenal sebagai 'kurma berlian', dibezakan oleh saiznya yang besar dan aroma karamelnya yang manis.
Bersempena dengan ketibaan bulan Ramadan yang mulia, penjualan kurma Palestin ini amat bertepatan masanya. Kurma ini dipasarkan di bawah jenama "Al-Talia" yang membawa maksud yang indah iaitu "embun dari syurga".
Inisiatif amal ini bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh warga Palestin yang tinggal di negara ini, termasuklah pelarian dan pelajar. Sebanyak RM50,000 telah disumbangkan kepada Pn Nor Azreen Jamaluddin, Pengerusi Alumni Keluarga SSEAYP Malaysia (SFAM) oleh Puan Ebby Loo, Pengarah Urusan Kumpulan Euro-Atlantic. SFAM adalah sebuah badan bukan kerajaan yang diiktiraf oleh Kedutaan Palestin di Malaysia. Sumbangan ini akan disalurkan secara berkesan dan bertanggungjawab bagi membantu mereka yang memerlukan dalam komuniti Palestin.
Majlis penyerahan sumbangan ini turut disaksikan oleh Encik Raed Alzawbi, Pegawai Kebudayaan Kedutaan Palestin di Malaysia. Malaysia sentiasa komited dalam menyokong perjuangan Palestin dengan menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada warga Palestin di Malaysia dan Gaza. Walaupun kerajaan Malaysia baru-baru ini bersetuju untuk menanggung yuran pengajian pelajar Palestin di universiti awam, mereka dan juga pelarian Palestin di sini masih memerlukan bantuan kewangan untuk menampung perbelanjaan harian mereka.
Pada bulan Ogos yang lalu, sekumpulan rakyat Palestin telah tiba di Malaysia melalui usaha sama antara kerajaan Mesir dan Malaysia untuk menerima rawatan perubatan bagi kecederaan yang dialami semasa konflik di Gaza. Menurut Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin, kerajaan bercadang untuk menubuhkan Hab Kemanusiaan Malaysia di Mesir.
Inisiatif "Aid Palestine with Dates" Euro-Atlantic adalah satu langkah kecil tetapi bermakna ke arah membantu warga Palestin yang menghadapi kesukaran di Malaysia.
Kurma Al-Talia kini boleh didapati di Jaya Grocer, Giant, Cold Storage dan juga Aeon.
Comments
Post a Comment