DARI YOKOHAMA KE KUALA LUMPUR: CENTRAL MUSIC & ENTERTAINMENT FESTIVAL 2025
Kepada semua peminat J-POP! Bersiaplah untuk malam yang dipenuhi dengan persembahan dan penghayatan budaya yang luar biasa apabila CENTRAL MUSIC & ENTERTAINMENT FESTIVAL 2025 membuat penampilan sulungnya di Kuala Lumpur. Tandakan kalendar anda untuk 26 April kerana anda pasti tidak mahu ketinggalan acara luar biasa ini di Zepp Kuala Lumpur.
Barisan Artis yang Hebat!
Festival ini menampilkan barisan artis J-POP terkenal yang pasti akan mengegarkan pentas. Menerajui barisan artis dalam festival adalah ATARASHII GAKKO!, sebuah kumpulan dinamik yang terkenal dengan persembahan bertenaga dan irama yang merentasi genre. Lagu viral mereka, "Otona Blue", mengangkat nama mereka ke persada antarabangsa dan mereka bersedia untuk memukau penonton di Kuala Lumpur.
Duo hip-hop terkenal Jepun, Creepy Nuts yang dianggotai oleh R-Shitei and DJ Matsunaga dijangka turut memeriahkan pentas dengan rentak rap yang hangat, termasuk lagu hit mereka “Bling-Bang-Bang-Born”.
Jangan lupa saksikan persembahan Tatsuya Kitani, artis serba boleh yang terkenal dengan lagu tema anime beliau yang penuh emosi termasuk “Where Our Blue Is” from Jujutsu Kaisen, Suara merdu dan lirik-lirik menyentuh hati pasti akan memikat hati semua para penonton.
Sebuah Festival yang Berwawasan
Pada asalnya dilancarkan di Yokohama, Jepun, CENTRAL MUSIC & ENTERTAINMENT FESTIVAL 2025 terkenal dengan kemeriahan yang ditampilkan di bandar-bandar yang dijelajahinya. Pada tahun 2025, festival ini memperluaskan jangkauannya ke luar Jepun, membawa irama terbaik Jepun ke penonton global. Selepas acara utama di Yokohama dari 4 hingga 6 April, festival ini akan bergerak ke Taipei pada 19 April, sebelum menamatkan jelajah antarabangsa di Kuala Lumpur pada 26 April.
Misi CENTRAL adalah untuk mempersembahkan muzik Jepun ke persada dunia, menawarkan pengalaman budaya yang unik dan tidak dapat dilupakan kepada para peminat muzik. Festival ini bukan sahaja mengenai muzik; ia adalah mengenai mewujudkan platform untuk pelbagai bentuk hiburan untuk berhubung dengan penonton global.
Dapatkan Tiket Anda Sekarang!
Jangan ketinggalan untuk menikmati sebuah festival yang sarat dengan hiburan dan budaya J-POP yang memukau! Tiket untuk CENTRAL MUSIC & ENTERTAINMENT FESTIVAL 2025 di Kuala Lumpur akan dijual pada 28 Februari. Tiket berdiri berharga RM398, manakala tiket duduk tersedia pada harga RM298. Dapatkan tiket anda di https://ime.bigtix.io/e/CNTRL426 sekarang.
Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, lawati laman web rasmi CENTRAL di https://central-fest.com/s/central/page/eventkualalumpur.
Comments
Post a Comment