GNOCE JEWELRY RAIKAN PEMBUKAAN KEDAI FIZIKAL PERTAMANYA DI DUNIA DI TRX MALL, KUALA LUMPUR


Barangan perhiasan diri bukan sekadar aksesori, ia adalah simbol ekspresi diri, kenangan berharga, dan cara untuk meraikan momen istimewa dalam kehidupan. Gnoce Jewelry (disebut gee-nosh), jenama barangan perhiasan charm bertaraf antarabangsa, kini secara rasmi tiba di Malaysia menerusi pembukaan kedai fizikalnya yang pertama di seluruh dunia bertempat di TRX Mall, Kuala Lumpur pada 21 Februari 2025. Kejayaan ini menandakan detik penting dalam perjalanan jenama ini, yang sebelum ini hanya boleh didapati secara dalam talian. Pembukaan store yang dinanti-nantikan itu mengundang peminat barangan perhiasan untuk menghayati sentuhan istimewa kreativiti, keanggunan dan penceritaan peribadi Gnoce.

Majlis pembukaan berkenaan diserikan oleh Che Puan Juliana Evans, pelakon, usahawan dan ibu yang menambah sentuhan glamour pada majlis tersebut. Tetamu dan wakil media dijemput untuk menghayati dunia mempesonakan Gnoce, meneroka koleksi yang ikonik digemari jenama ini, malah menghasilkan rekaan perhiasan peribadi mereka sendiri, dengan mengubah barang kemas kepada gambaran indah kisah unik mereka sendiri.


“Kami teruja membawa Gnoce ke Malaysia dengan pembukaan kedai fizikal pertama kami,” kata Jack Lin, Pengasas Gnoce Jewelry. “Ini adalah langkah besar untuk beralih daripada jenama dalam talian yang digemari kepada pengalaman runcit yang membolehkan pelanggan merasai sendiri koleksi kami dengan cara yang lebih mendalam. Barang kemas bukan sekadar perhiasan, ia adalah lambang ekspresi diri dan memori, dan kini rakyat Malaysia boleh merasai pengalaman ini sendiri.”

Ditubuhkan pada 2015, Gnoce telah mencipta populariti dalam dunia barangan perhiasan charm menerusi penghasilan lebih daripada 2,000 rekaan eksklusif untuk menzahirkan personaliti mereka. Daripada butiran charm untuk foto dan loket ukiran peribadi sehinggalah kepada rantai nama yang mempesonakan, setiap rekaan dihasilkan dengan teliti untuk merakamkan kenangan manis dan emosi, menjadikan perhiasan bukan sekadar aksesori, tetapi warisan peribadi.

Setiap perhiasan Gnoce dihasilkan daripada perak tulen bersalut emas 18K dan dihiasi dengan opal yang diperoleh secara beretika, kristal berkilauan, serta batu zirkonia premium yang memantulkan cahaya indah dengan setiap pergerakan. Melangkah lebih jauh dalam rekaannya, Gnoce memperkenalkan batu permata bercahaya, quicksand, dan yang mampu berubah warna, menjadikan setiap rekaan bersinar dengan keunikan dan kilauan tersendiri.

Selain rekaan charm dan gelang tangan, Gnoce menawarkan koleksi cincin, rantai leher dan anting-anting yang mengagumkan, sempurna bagi mereka yang gemar memadankan aksesori mengikut gaya dan acara berbeza. Untuk jejaka, gelang tangan kulit hitam dan cincin menyerlahkan sentuhan bergaya lagi sentimental, menjadikan Gnoce destinasi utama untuk hadiah yang indah dan bermakna.

Menerusi kehadiran kukuh di 169 negara, jutaan peminat setia dan lebih daripada 28 laman sesawang setempat, Malaysia kini menyertai komuniti pencinta barangan perhiasan yang boleh merasai sendiri barang hiasan berkualiti tinggi dan reka bentuk berasaskan cerita di Gnoce.

Sebagai jenama yang sentiasa berkembang, Gnoce memperkenalkan 100 gaya baharu setiap bulan. Direka dan dihasilkan secara dalaman, jenama ini menghasilkan lebih 2.5 juta barangan perhiasan diri ini setiap tahun. Ini memastikan pelanggan sentiasa mempunyai akses kepada reka bentuk baharu dan berbeza yang mencerminkan personaliti unik mereka dengan begitu sempurna. Bagi mengiktiraf komitmennya terhadap inovasi, Gnoce dianugerahkan Sijil Pengiktirafan Perusahaan Teknologi Tinggi Kebangsaan.

Semasa majlis pelancaran, para tetamu dan wakil media berpeluang menyaksikan previu eksklusif koleksi Gnoce yang paling digemari dan menampilkan rekaan karya klasik abadi seperti Alice’s Adventures in Wonderland, The Wonderful Wizard of Oz, Cinderella dan siri Snoopy.

Gnoce Jewelry Collaboration x Alice’s Adventures in Wonderland Charm Bracelet Collection

Gnoce Jewelry Collaboration x Cinderella Charm Bracelet Collection.

Gnoce Jewelry’s Rose Gold Bracelet Charms 

Gnoce Jewelry Collaboration x Peanuts Snoopy Charm Bracelet and Ring Collection.

Gnoce Jewelry’s Glow in the Dark Bracelet Charm Collection

Gnoce Jewelry Collaboration x The Wonderful Wizard Oz Charm Bracelet Collection. 

Gnoce Jewelry’s personalised photo charm. 


Mengulas tentang pembukaan store, Jack Lin menambah, “Barangan perhiasan diri seharusnya menjadi satu ekspresi yang menyeronokkan dan peribadi mengenai diri kita dan penuh bermakna. Kami tidak sabar untuk melihat rakyat Malaysia menghayati rekaan Gnoce dan menghidupkan reka bentuk kami dengan cara keistimewaan mereka sendiri.”

Pembukaan ini merupakan sambutan meriah yang menandakan permulaan dalam dunia baharu yang menarik buat pencinta barangan perhiasan diri di seluruh Malaysia sama ada di store mahupun secara dalam talian.

Untuk maklumat lanjut mengenai Gnoce dan mengenali koleksi terkininya, sila layari https://www.gnoce.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

BIASISWA SISWI SAFI MENYOKONG WANITA MALAYSIA MEMACU MASA DEPAN

4 TIPS BERGUNA UNTUK MELANCONG OLEH UNIVERSAL TRAVELLER

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!