KLOOK DAN SUNWAY THEME PARKS BERPADU TENAGA UNTUK MENYAJIKAN PENGALAMAN TAMAN TEMA YANG LEBIH MENGUJAKAN

Seiring dengan pertumbuhan pelancongan yang pesat di Malaysia, Klook, platform terkemuka bagi pengalaman dan perkhidmatan pelancongan di Asia, terus memperkukuh kerjasamanya dengan Sunway Theme Parks bagi merevolusikan pengalaman taman tema pada tahun 2025. Menerusi perkongsian eksklusif yang dimeterai hari ini, pengunjung ke Sunway Lagoon dan Sunway Lost World Of Tambun bakal menikmati akses digital yang dipertingkatkan serta tawaran eksklusif, menjadikan Malaysia destinasi utama pilihan keluarga.

Perjanjian MOU hari ini (dari kiri): Calvin Ho, Pengarah Eksekutif Sunway Theme Parks, Kong Beng Kuin, Ketua Pegawai Kewangan & Ketua Pembangunan Perniagaan Sunway Theme Parks, dan Sarah Wan, Pengurus Besar Klook pasaran Singapura, Indonesia, dan Malaysia.

Perjanjian MOU ini telah ditandatangani oleh Sarah Wan, Pengurus Besar Klook pasaran Singapura, Indonesia, dan Malaysia, serta Calvin Ho, Pengarah Eksekutif Sunway Theme Parks. Kerjasama yang diperluaskan ini menandakan pelaburan pemasaran bersama antara Klook dan Sunway Group dalam usaha menarik lebih ramai pelancong ke Sunway Lagoon dan Sunway Lost World Of Tambun.

“Di Klook, kami komited untuk mentransformasikan cara orang menikmati perjalanan mereka. Dengan gabungan akses digital yang lancar, keistimewaan eksklusif, dan penemuan tarikan yang lebih mudah, kami memastikan setiap pengunjung, sama ada keluarga atau mereka yang mencari keseronokan di Lembah Klang, dapat menikmati pengalaman taman tema bertaraf dunia tanpa sebarang kerumitan,” kata Sarah Wan, Pengurus Besar Klook pasaran Singapura, Indonesia, dan Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Klook secara rasmi menjadi Rakan Agensi Pelancongan Dalam Talian Eksklusif untuk API Connectivity pada tahun 2025 bagi memastikan pengalaman yang lebih lancar dan mudah bagi para pengunjung. Antara kelebihan utama termasuk:
  • Akses Lancar & Laluan Khas – Pengguna Klook kini boleh mengelak dari beratur panjang dengan akses kod bar mudah alih secara terus di laluan khas Klook.
  • Pakej Eksklusif Stay & Play – Sempena ulang tahun ke-51 Sunway, pengunjung boleh menikmati diskaun istimewa 51% untuk pakej hotel apabila membuat tempahan melalui Klook, sah sehingga 9 Mac. Pakej eksklusif ini menggabungkan penginapan di hotel Sunway bertaraf premium dengan kemasukan ke taman tema, menjadikan perancangan percutian keluarga dan pelancong lebih mudah serta tidak dapat dilupakan.
  • Pelaburan Pemasaran Bersama yang Strategik – Klook dan Sunway Theme Parks akan melabur bersama dalam usaha pemasaran strategik yang menyasarkan pelancong serantau dan antarabangsa bagi meningkatkan jumlah pengunjung.
"Kami teruja untuk meneruskan kerjasama ini dengan Klook bagi menawarkan pengalaman taman tema yang tiada tandingan serta promosi eksklusif kepada para pengunjung. Perkongsian ini mencerminkan komitmen kami dalam meningkatkan pengalaman tetamu serta menjadikan Sunway Theme Parks pilihan utama untuk hiburan keluarga di Malaysia" kata Calvin Ho, Pengarah Eksekutif Sunway Theme Parks.

Trend Pelancongan Malaysia & Pengalaman Keluarga

Malaysia kini secara rasmi telah mengatasi Thailand sebagai negara paling banyak dikunjungi di ASEAN, mencatat 38 juta kedatangan pelancong asing pada tahun 2024. Menurut tinjauan Klook Travel Pulse 2024, semakin ramai pelancong tertarik kepada pengembaraan luar (59%) dan pengalaman taman tema (53%), menjadikan akses digital yang lancar dan pengalaman bernilai tambah sebagai keperluan utama bagi destinasi pelancongan.

Melalui kerjasama strategik ini, Klook dan Sunway Theme Parks bertindak balas secara langsung kepada aliran ini dengan memastikan para pelancong dapat menikmati tempahan digital tanpa kerumitan, kemasukan tanpa barisan panjang, serta promosi eksklusif yang disesuaikan untuk memaksimumkan pengalaman mereka di tarikan utama Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

BIASISWA SISWI SAFI MENYOKONG WANITA MALAYSIA MEMACU MASA DEPAN

4 TIPS BERGUNA UNTUK MELANCONG OLEH UNIVERSAL TRAVELLER

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!